Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan kenkawan bagaimana saya terjebak mengeluarkan kos sebanyak lebih daripada RM 800.00 hanya kerana benda yang dinamakan usb datakad ini. Selain daripada permasalahan di atas, masalah utama saya ialah kerana saya tinggal dikampung dimana sejak hampir setahun di kawasan kampung saya tiada talian telefon disebabkan kabel telefon asyik kena curi oleh itu banyak kerja-kerja yang memerlukan akses kepada internet tidak dapat saya laksanakan apabila berada dirumah. Saya telah terfikir untuk mencari alternatif yang lain agar saya dapat mengatasi masalah ini. Seorang kawan telah mencadangkan saya menggunakan datakad walaupun beliau sendiri belum pernah menggunakannya dan beliau telah mencadangkan saya supaya ke kedai Celcom. Saya telah menemui pegawai celcom dan menanyakan perkhidmatan tersebut yang ternyata ada disediakan dengan kadar sewaan RM68.00 sebulan dengan syarat melanggan talian Celcom 3g (beli kad sim) dan datakad. Pada awalnya saya menghadapi masalah dalam penggunaan datakad kerana notebook saya dibekalkan dengan 802.11g slot datakad terbina dalam oleh itu saya tidak dapat menggunakan datakad yang biasa yang hanya perlu dipasang kepada slot tersebut iaitu dari jenis 802.11b
dan untuk melajukan kerja-kerja muat naik dan muat turun saya tleh menggunakan perisian Download Accelerator Plus.
Kini masalah saya selesai walupun sememangnya capaian talian internet saya tidak selaju mereka yang menggujnakan streamyx tetapi lebih laju dari menggunakan dialup dan saya merasa berpuas hati kerana inilah satu-satunya cara penyelesaian masalah pada saya buat masa ini selagi dikampung saya tiada kabel telefon dan selagi saya masih selalu kemana-mana sahaja out station.


