Facebook

09 December 2007

Semua Warga Pendidik... renungilah tulisan ini

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

Bagi penulis, inilah dia gejala yang sering dilaporkan di dada-dada akhbar di negara kita dan sebagai warga pendidik, apakah peranan dan tanggungjawab yang boleh kita lakukan untuk merubah keadaan ini, ingatlah mungkin pada hari ini orang lain yang kena tetapi tidak mustahil besok luasa anak-anak kita pula mungkin terlibat.
Penulisan ini saya ketengahkan kerana ketika ini pada realitinya memang ada kebenarnnya permasalahan ini. Penulis ini saya kenali penulisannya melalui cerpin dan novel sejak dibangku sekolah menengah lagi sekitar tahun 80an iaitu tidak lain tidak bukan Dr. Fatimah Ahmad

No comments:

Pandangan Melalui Facebook