Facebook

23 February 2010

Something to think about. Are you a good friend?


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

11) Bersahabatlah dgn org yg member command di bawah nie…. kerana dia seorang
sahabat yang paling best.. kenaper? x percaye yer? betul ape!:-)

22 February 2010

Mesyuarat Pengurusan PKG Ayer Hitam

Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Ayer Hitam

Tarikh : 25/02/2010 (Khamis)

Waktu : 2.00 petang

Agenda :

1. Doa
2. Pembukaan Oleh Pegawai Teknologi
3. Ucapan Pengerusi
4. Ucapan Wakil BTPNJ
5. Pembentangan Laporan & Aktiviti
6. Perlantikkan AJK 2010 - 2011
7. Hal-hal lain

Mesyuarat Penubuhan Majlis Pemufakatan GPB/GICT

Semua Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT Zon Ayer Hitam diminta hadir ke mesyuarat ini.

Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Ayer Hitam

Tarikh : 23/02/2010 (Selasa)

Waktu : 2.00 petang

Agenda :

1. Doa
2. Ucapan Pengerusi
3. Pembentangan Laporan Pemantauan
4. Pemantauan Makmal PUAS
5. Perancangan Strategik
6. Khidmat Bantu Inisiatif ICT
7. Cadangan Bengkel/Kursus
8. Perlantikan Wakil Majlis Guru Penyelaras Bestari. (Menengan/Rendah)
10. Hal-hal lain

Mesyuarat Penubuhan Majlis Permufakatan GPM


Semua Guru-guru Perpustakaan Dan Media Zon PKG Ayer Hitam terlibat dengan mesyuarat ini.

Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Ayer Hitam

Tarikh : 22/02/2010 (Isnin)

Waktu : 2.00 petang

Agenda :

1. Doa
2. Ucapan Pengerusi
3. Pembentangan Laporan Pemantauan
4. Pemantauan PSS
5. Program JOM Baca 1 buku 1 minggu
6. Web
7. Perancangan Stratregik
8. Khidmat Bantu PSS
9. Cadangan Bengkel/Kursus
10. Perlantikan Majlis GPM (Menengah&Rendah)
11. Edaran Sumber/Bahan
12. Hal-hal lain

Pandangan Melalui Facebook