07 December 2007
Lawatan PSPN & PKG Pulau Pinang ke PKG Ayer Hitam
Pada 5 November, 2007(Rabu) jam 9.45 pagi telah sampai rombongan tersebut dengan menaiki bas persiaran. Rombongan ini telah diketuai oleh Penolong Pengarah En. Suhaimi Bin Saidin. Rombongan telah singgah ke PKG dan diberikan tentang taklimat ringkas mengenai perkembangan PKG Ayer Hitam dan seterusnya dijamu di Restoran Jentayu yang menghidakan masakan tradisonal Johor(Jawa) kerabu, kalapia masak kencur dan asam pedas. Rombongan ini juga telah dibawa melawat ke Pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan barang-barang tembikar dan antik yang banyak terjual. Mereka menghabiskan masa hampir 2 jam meninjau dan membeli buah tangan dari basar tersebut untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Sebagai KPTP merangkap pemandu pelancung pada hari itu saya merasa sangat gembira dan berbesar hati kerana para ahli rombongan nampaknya sangat bergermbira dan sangat berat hati untuk meninggalkan Pekan Ayer Hitam untuk menuju destinasi seterusnya iaitu PSPN Melaka.
Labels:
PKG Ayer Hitam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment