Facebook

SEKOLAH BESTARI

Penubuhan Sekolah Bestari



Rasional Bagi Penubuhan Sekolah Bestari
Seiring dengan penubuhan Malaysia menjurus kepada era teknologi dan
pembangunan MSC, bidang pendidikan sememangnya menjadi tunggak kepada
perubahan dan pembangunan itu. Oleh itu, terdapat beberapa rasional bagi
penubuhan Sekolah Bestari, iaitu:.......

- Mewujudkan masyarakat pelajar saintifik dan progresif dengan bertumpukan
teknologi maklumat.
- Menyediakan tenaga teknokrat untuk perindustrian negara sebagai pekerja ilmu
(knowledge worker).
- Pengajaran-pembelajaran berbantu teknologi di sekolah akan lebih menarik dan
berkesan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Teknologi membolehkan pelajar
menikuti program berdasarkan minat dan keupayaan.
- Meringankan beban guru dalam tugas pemtadbiran seperti kerja-kerja perkeranian,
pengurusan dan penilaian pelajar melalui penggunaan sistem pengurusan berbantu
teknologi. Dengan ini guru boleh menumpukan lebih masa dan perhatian kepada
pemupukan nilai pelajar.

Konsep Sekolah Bestari

Sekolah Bestari bertujuan untuk mengubah budaya berasaskan ingatan dan
pembelajaran berorientasikan peperiksaan kapada budaya berfikir, kreatif dan
kebolehan menyelesaikan masalah. Berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, matlamat projek memberikan penekanan pada perkembangan
individu secara secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja pada
domain intelektual tetapi juga kepada pembentukan warga Malaysia berakhlak
mulia, cekap teknologi maklumat, bersifai global dan mampu beroperasi dalam
arena antarabangsa.

Matlamat Sekolah Bestari

Projek Sekolah Bestari bertujuan untuk menyediakan asas bagi penghasilan pekerja
ilmu yang akan memainkan peranan penting untuk membentuk ekonomi yang
berasaskan maklumat. Pelajar sekolah bestari yang menjadi tenaga kerja MSC
akan membantu dalam pemindahan teknologi dan seterusnya membangunkan
industri tempatan berteknilogi tinggi.

Peringkat Teknologi

Prasarana teknologi untuk 90 Sekolah Bestari merangkumi tiga tahap iaitu:

- Tahap A yang melibatkan 9 sekolah baru yang dilengkapkan dengan kemudahan
teknologi ditahap canggih.
- Tahap B yang terdiri daripada 79 sekolah bestari yang dilengkapkan dengan
sebuah makmal, komputer di Pusat Sumber dan komputer untuk guru.
- Tahap B+ yang terdiri dari 2 sekolah bestari yang dilengkapkan dengan komputer
di 15 makmal sains/bilik darjah dan komputer dalam pejabat pentadbiran.

Ketetapan teknologi ini dibuat berdasarkan perubahan peruntukan yang terhad
akibat kegawatan ekonomi dan ia bukanlah berdasarkan hasrat dan konsep
sekolah bestari dalam erti kata yang sebenar.

Pandangan Melalui Facebook