Facebook

KAJIAN KES


MENGATASI MASALAH MURID KURANG MINAT MEMBACA
SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA, KULAI, JOHOR

Oleh:
Mesri b. Sanip,
Mohd Ali b. Mohammad,
Mohd Thalji b. Bakery
dan
Nawang b. Mohammad.
Pengurusan Pendidikan
Fakulti Pendidikan Teknikal,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)



1. LATAR BELAKANG MASALAH
Cerdik pandai mengatakan bahawa punca ilmu adalah dari membaca malah Islam sangat mementingkan ilmu dimana antara ayat-ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw ialah Surah Al-Iqraq dimana kisah dari surah itu telah menyatakan Nabi diminta oleh malaikat supaya mengikutnya membaca. Sehubungan dengan itu pada Era Globasisai hari ini para pelajar sekolah didapati kurang lagi berminat menjadikan tabiat membaca sebagai salah satu kaedah pencarian ilmu di dalam hidup mereka disamping kaedah-kaedah lain samada melalui media elektronik dan sebagainya. Melalui kajian-kajian lepas, didapati kadar bacaan murid terutamanya di sekolah rendah teramat rendah. Malah pihak kerajaan mengambil berat masalah ini, oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) melalui agensi dibawahnya iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah melaksanakan program galakan membaca yang telah dilaksanakan beberapa tahun yang lepas iaitu Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) supaya amalan membaca menjadi tabiat seterusnya budaya kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu samada di sekolah sehinggalah dewasa.

2. SINOPSIS
Kajian bagi mengenal pasti masalah kurang membaca oleh murid sekolah rendah ini terlalu luas dan banyak sebab-sebab yang mendorong ke arah tersebut oleh itu kajian yang dijalankan ini adalah dengan menumpukan skop iaitu untuk mengenaipasti masalah pembacaan buku di perpustakaan sekolah berdasarkan daripada laporan rekod pembacaan NILAM 2008 yang dikumpukan oleh pihak Pusat Kegiatan Guru(PKG) Ayer Hitam. Justeru itu pihak PKG dan Sekolah Kebangsaan Murni Jaya(SKMJ) telah bersetuju bekerjasama untuk melaksanakan suatu program bagi mengenal pasti punca masalah dan seterusnya mencari jalan penyelesaian pada masa hadapan. Hasil pemerhatian dan analisis rekod pembacaan NILAM tahun 2008 oleh pegawai-pegawai PKG di bawah Program Galak NILAM(PGN) bahawa didapati kadar pembacaan murid yang sepatutnya didapati tidak selaras dengan bilangan buku yang dibekalkan oleh kementerian yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah oleh itu perancangan kajian lebih memfokuskan bagi menyelesaikan masalah ini.
Berkaitan dengan itu PGN ini dilaksanakan bagi mengatasi persoalan dan mencari punca sebab mengapa murid kurang membaca sedangkan bahan-bahan bacaan bercetak yang terdiri dari pelbagi bentuk dan koleksi yang disediakan amat mencukupi bagi kategori sekolah rendah tersebut. Oleh itu langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Kumpulan sasaran bagi melaksanakan kajian ini ialah seramai 41 orang murid Tahun 5 Cerdik. Antara program yang dilaksanakan di bawah PGN ini 1) menekankan Konsep Buku Mencari Murid, 2)murid meminjam buku tanpa jadual (sepanjang masa waktu persekolahan), 3)tapak Pinjaman bebas, dan 4)konsep Mesra Buku.

3. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sehingga ke hari ini nisbah buku dan murid sekolah rendah yang ditetapkan oleh KPM sehingga hari ini adalah 1:5 sedangkan di SKMJ mempunyai nisbah buku yang telah direkodkan pada 31 Disember, 2008 ialah 1:38, ini telah menunjukkan bahawa bilangan buku di sekolah tersebut melebahi keperluan dan tidak ada alasan kekurangan buku untuk dibaca atau dipinjam oleh murid sekolah tersebut.

3.1. Program NILAM
Didapati sekolah telah melaksanakan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) KPM dengan khidmat bantu dan pemantauan rangkain dibawahnya oleh Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) – Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) – Pusat Kegiatan Guru(PKG) sejak ianya dilancarkan iaitu pada tahun 1998 lagi. Program NILAM ini bermatlamat supaya terbina tabiat membaca buku di kalangan murid-murid sekolah. Oleh itu KPM telah memperuntukkan kewangan dan melaksanakan banyak program bagi memastikan tercapainya objek tersebut.
a) Tahap Pertama, Kaedah perlaksanaannya, murid-murid diminta mengadakan Buku Catatan NILAM(BCN) untuk mencatit serba ringkas dari buku-buku yang dibaca samada yang dipinjam dari perpustakaan sekolah atau dari sumber-sumber yang lain. Pembacaan yang dibenarkan dicatat adalah dari buku cerita Feksyen atau bukan Feksyen dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Guru kelas dengan bantuan guru-guru matapelajaran tersebut akan mengutip data dari BCN untuk dianalisa serta dihantar ke pihak jabatan 2 kali setahun berdasarkan Perisian e-Nilam. Murid-murid juga akan diberikan ganjaran oleh pihak sekolah dan jabatan berdasarkan kadar membacanya seperti di Jadual 1, malah pertandingan NILAM peringkat kebangsaan diadakan pada setiap tahun bagi merangsang dan menarik minat murid-murid membaca.
b) Tahap Kedua, Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap ini dinamakan RAKAN PEMBACA(RP). Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Murid yang mencapai tahap ini bolehlah diberi lencana sebagai pengiktirafan mereka memasuki Tahap Ke-II (Rakan Pembaca).
Didapati juga berdasarkan Jadual 3.2 dan Graf 3.1, iaitu Analisa Rekod Pembacaan Buku NILAM 2008 untuk kelas 5 Cerdik agak mengecewakan kerana bilangan pembacaan murid adalah terlalu rendah. Berdasarkan kadar bacaan di bawah Program NILAM, KPM di Jadual 3.3 dan analisanya Graf 3.1 berdasarkan jantian dan 3.2 keseluruhan, sepatutnya kadar bacaan murid setahun adalah seperti berikut:

Jadual 3.1: KADAR BACAAN PROGRAM NILAM KPM
Bil Kadar Bacaan (Bilangan Buku) Anugerah:
1 90 - 179 Gangsa
2 180 - 269 Perak
3 270 - 359 Emas
4 360 buku ke atas NILAM (permata)
Rekod pembacaan NILAM kelas ini jauh dari sasaran Program NILAM iaitu murid membaca sekurang-kurangnya 90 buah buku sehingga akhir tahun.


Rekod Pembacaan Murid Tahun 5 Cerdik

Jadual 3.2 : BAGI TAHUN 2008 MENGIKUT JANTINA

Bil Kadar Bacaan (buah buku Bilangan Murid)
Lelaki Perempuan
1 0 – 20 14 9
2 21 – 40 6 7
3 41 – 60 1 4
4 61 - 80 0 0

Graf 3.1 : Analisa Tahun 2008 Mengikut Jantina



Jadual 3.3 : BAGI TAHUN 2008
Bil Kadar Bacaan (buah buku) Bilangan Murid
1 0 – 20 22
2 21 – 40 17
3 41 – 60 2
4 61 – 80 0


Graf 3.2 : Analisa Bilangan Buku Dibaca



4. OBJEKTIF 

4.1. Objektif Kajian
Kajian ini diberi nama sebagai Program Galak NILAM dengan harapan selepas kajian dijalankan murid dapat mencapai objektif berikut :


4.2. Objektif Umum
Meningkatkan pembacaan murid melalui pinjaman buku di Pusat Sumber Sekolah

4.3. Objektif Khusus
Mengadakan pinjaman berjadual dalam seminggu.
Penggunaan bakul buku. untuk galakan membaca ditempat awam sekolah.
Galakan murid boleh membaca di masa sengkang.

5. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan Sasaran ialah masih lagi murid Tahun 5 Cerdik. Murid- murid ini secara keseluruhan meminjam buku dibawah skala NILAM. Apabila dijalankan sessi soal jawab didapati banyak masalah telah wujud. Oleh kerana kelas ini tiada kompisisi kaum maka kumpulan ini berdasarkan jantina yang merupakan sasaran kajian ini seperti Jadual 5.1 dan Graf 5.1.

Jadual 5.1 : Jantina
Bil Lelaki Perempuan Jumlah
1 18 23 41
Graf 5.1 : Jantina




6. PELAKSANAAN KAJIAN

6.1. Tinjauan Masalah

Pemerhatian terhadap kumpulan sasaran telah dilaksanakan. Hasilan daripada pemerhatian ini didapati ramai murid ketika waktu sengkang atau masa-masa terluang tidak melakukan apa-apa aktiviti. Malah hanya sebilangan kecil murid-murid yang membaca buku yang dipinjam dari perpustakaan dan majalah kanak-kanak yang dibawa dari rumah. Apabila disuruh membaca kebanyakkan yang lain tidak mempunyai bahan bacaan untuk dibaca. Kumpulan yang tidak mempunyai bahan bacaan ini didapati banyak membuang masa tanpa sebarang aktiviti yang merangsangkan dan berfaedah.

6.2. HipĆ³tesis
Berdasarkan tiga faktor dari refleksi tersebut maka keputusan telah dibuat untuk untuk mencari punca mengapakah perkara ini terjadi. Jika masalah ini timbul dari kekurangan bahan bacaan di Pusat Sumber Sumber maka pihak PKG dan sekolah khasnya Guru Media dan atau Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah(PSS) perlu bertanggungjawab terhadap kemerosotan ini kerana bertanggungjawab memastikan keperluan dan kepentingan murid. Berdasarkan permerhatian dan perbincangan beberapa andaian telah dibuat berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan murid kurang minat membaca diantaranya ialah a)tiada masa untuk membaca, b)sikap murid sendiri kurang minat, c)bahan bacaan tidak sesuai, d)fasiliti yang kurang, dan pelbagai lagi.
Walau bagaimanapun sebelum sesuatu andaian dibuat, kajiselidik telah dilaksanakan dikalangan murid di dalam kelas ini bagi memastikan masalah ini. Melalui kerjasama penyelaras PSS, murid-murid perlu dibimbing dalam menyelesaikan masalah ini supaya Program NILAM yang merupakan program kementerian ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan objektifnya tercapai.

6.3. Method Kajian
Seramai 41 orang murid tahun 5 Cerdik di Sekolah Kebangsaan Kota Dalam sebagai responden kajian. Mereka dipilih cara persampelan bertujuan (Purposeful Sampling) kerana pemilihan sekolah ini disebabkan terletak di kawasan luar bandar dengan taraf hidup keluarga yang sederhana serta kebetulan pihak sekolah sedang menjalankan Program Gerak Nilam yang merupakan program tahunan yang pertama kali ingin dilaksanakan dengan batuan dan kerjasama PKG Ayer Hitam yang berdekatan.
Kajian ini telah dilaksanakan pada 13 dan 14 Mach, 2009 adalah untuk mengetahui sikap murid terhadap program-program bacaan yang dilaksanakan di sekolah, kemudahan prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah dan faktor sekeliling yang mampu mempengaruhi minat membaca murid. Borang soal selidik merupakan instrument kajian yang mana telah diberikan pada responden dan dengan panduan guru, responden menjawab dan telah memulangkan borang tersebut setelah siap menjawab pada hari tersebut. Kesemua responden tersebut terdiri dari murid berbangsa Melayu. Semakan telah dilakukan kepada setiap helaian soalan bagi memastikan murid-murid menjawab dengan betul mengikut peraturan.



Jadual 2.1 :Jadual Skala Likert
Nilai Skor Skala Likert
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Setuju (S)
4 Amat Setuju (AS)

Bagi penentuan tahap terhadap tabiat membaca, pengkelasan tiga sekala telah dilakukan iaitu rendah, sederhana dan tinggi yang mana diadaptasi daripada Alias (1999). Penentuan ini dapat dilihat dalam Jadual 2.2

Jadual 2.2 : Pentuan Tahap Tabiat Membaca
Julat Skor Min Tahap Kecenderungan
1.00 – 2.49 Rendah
2.50 – 3.49 Sederhana
3.50 – 5.00 Tinggi


7. Analisa Data
Persoalan Kajian 1: Apakah tahap sikap murid terhadap tabiat membaca
Persolan kajian yang pertama adalah mengenal pasti tahap sikap murid terhadap tabiat membaca mereka samada di sekolah dan dirumah. Jadual 2.3 menunjukkan penilaian sampel terhadap sikap murid tersebut iaitu:

Jadual 2.3 Analisa Skor Min Sikap Murid Terhadap Tabiat Membaca
Bil Kod Item Min Tahap Interpretasi
1 S09 Sukar memahami buku yang dipinjam dan
dibaca dari perpustakaan 1.90 Rendah
2 S11 Lebih suka menonton tv dan bermain game di computer
berbanding membaca buku 2.63 Sederhana
3 S12 Kurang mahir membaca 1.63 Rendah
4 S14 Mudah merasa letih ketika membaca buku yang
tebal-tebal 2.27 Rendah
5 S15 Membaca buku apabila dipaksa oleh ibubapa dirumah 2.24 Rendah
6 S16 Malu diperli sebagai ulat buku ketika asyik membaca
buku sahaja 2.05 Rendah
7 S17 Membaca merupakan sesuatu yang membosankan 2.54 Sederhana
8 S18 Tiada motivasi atau semangat untuk membaca 2.56 Sederhana
9 S21 Cenderung membaca bahan hiburan atau kartun 3.02 Sederhana
Jumlah/Item 2.32 Rendah

Hasilan daripada kajiselidik yang dilakukan yang telah dipaparkan di Rajah 2,3 didapati bahawa dari segi sikap mereka tetap minat membaca kerana hanya 4 daripada 9 soalan sahaja yang menunjukkan murid kurang minat membaca, itupun disebabkan pengaruh sumber lain seperti komputer dan bahan-bahan hiburan sepeti di item 2 ( min = 2.63) dan item 9 (min = 3.02) yang merupakan skor yang tertinggi. Murid juga mempunyai kemahiran membaca kerana skor yang paling rendah ialah di item 3 (min = 1.63 ) malah sikap murid Tahun 5 Cerdik secara keseluruhan agak positif dimana min keseluruhan Jumlah/Item ( min – 2.32) hanya sederhana. Lihat juga Graf 2.1 Carta Bar Sikap Murid Terhadap Tabiat Membaca.

Graf 2.1 Carta Bar Sikap Murid Terhadap Tabiat Membaca.



Persoalan Kajian 2: Faktor Masa Dan Prasarana Yang Mempengaruhi Tabiat Membaca Murid.

Persolan kajian yang ke-2 adalah mengenal pasti faktor masa dan prasarana yang mempengaruhi tabiat membaca murid. Jadual 2.4 menunjukkan penilaian sampel terhadap faktor tersebut iaitu:

Jadual 2.4 Faktor Prasarana Mempengaruhi Tabiat Membaca Murid
Bil Kod Item Min Tahap Interpretasi
1 S5 Kedudukan perpustakaan di tingkat 3 di atas dan
sukar untuk ke sana 3.66 Tinggi
2 S6 Buku-buku terbitan baru amat sedikit 2.98 Sederhana
3 S7 Sukar memilih buku kerana kebanyakkannya telah
dibaca 2.98 Sederhana
4 S8 Tiada pandu arah di dalam perpustakaan untuk
melaksanakan pinjaman buku 2.20 Rendah
5 S19 Suasana tidak selesa/bising 3.20 Sederhana
6 S22 Ada buku diperpustakaan yang telah lama, lusuh atau
koyak 2.73 Sederhana
Jumlah/Item 2.96 Sederhana

Berdasarkan Jadual 2.4, skor min keseluruhan bagi faktor penyediaan prasarana oleh pihak sekolah menujukkan bahawa ianya dapat diterima oleh murid dengan baik kerana keseluruhan Jumlah/Item ( min = 2.96 ) iaitu pihak sekolah telah menyediakan prasarana yang dapat menggalakkan murid untuk mengembangkan lagi tabiat membaca mereka kecuali pada Item 1 ( min 3.66) adalah tinggi dimana murid tidak berpuas hati dengan kedudukan perpustakaan yang berada di tingkat 3 bangunan sekolah oleh itu ia amat menyukarkan untuk murid ke perpustakaan. Lihat juga analisa di Graf 2.2 : Carta Bar Faktor Prasarana Mempengaruhi Tabiat Membaca Murid.

Graf 2.2 : Carta Bar Faktor Prasarana Mempengaruhi Tabiat Membaca Murid.



Persoalan Kajian 3: Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Tabiat Membaca Murid.
Persolan kajian yang ke-3 adalah mengenal pasti faktor sekeliling yang mempengaruhi tabiat membaca murid. Jadual 2.5 menunjukkan penilaian sampel terhadap faktor tersebut iaitu:

Jadual 2.5 Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Tabiat Membaca Murid
Bil Kod Item Min Tahap Interpretasi
1 S1 Terlalu banyak kerja sekolah sehingga tidak
sempat membaca dirumah 2.15 Rendah
2 S2 Kesuntukkan masa hendak ke perpustakaan 3.15 Sederhana
3 S3 Belum pernah didedahkan cara-cara atau
kaedah meminjam buku diperpustakaan 1.66 Rendah
4 S4 Sukar mengajak rakan-rakan ke perpustakaan 2.78 Sederhana
5 S10 Tiada sudut atau tempat yang sesuai seperti
kerusi atau meja untuk membaca dirumah 2.41 Rendah
6 S13 Membantu kerja ibu bapa 2.61 Sederhana
7 S20 Ibubapa kurang membeli buku 2.34 Rendah
Jumlah/Item 2.49 Rendah

Berdasarkan Jadual 2.5, skor min keseluruhan bagi faktor persekitaran turut juga mempengaruhi tabiat membaca murid tetapi pada tahap sederhana iaitu Jumlah/Itam ( min = 2.49 ) murid sendiri mempunyai sikap yang positif untuk membaca walaupun ada cabaran dari faktor-faktor persekitaran. Walau bagiamanapun pihak pentadbiran sekolah mengambil berat terhadap masa atau kesempatan yang membolehkan murid meminjam dan seterusnya membaca buku kerana jika dilihat dari item 2 ( min = 3.15 ) antara masalah utama murid terikat dengan jadual kelas oleh itu tiada masa untuk ke perpustakaan dan walaupun pada waktu rehat mereka boleh meminjam buku di perpustakaan tetapi masanya terlalu suntuk. Murid juga menghadapi masalah untuk mengajak rakan-rakan ke perpustakaan di item 4 ( min = 2.78), di antara sebabnya kemungkinan lokasi perpustakaan yang terletak di tingkat 3 bangunan sekolah, begitu juga murid juga terpaksa membantu ibubapa dirumah iaitu item 6 ( min = 2.61) sehingga agak menggangu tabiat membaca murid di rumah. Secara perbandingan, dapat dilihat pada Graf 2.3 : Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Tabiat Membaca Murid.










Graf 2.3 : Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Tabiat Membaca Murid.



8. HASILAN KAJISELIDIK 
Secara keseluruhan dari analisa data didapati tiada satupun daripada ke tiga-tiga persolan kajian yang benar-benar dominan yang mempengaruhi tabiat membaca murid walaupun dari Persoalan Kajian Faktor Prasarana (38.0% ) hanya melebihi yang lain dengan sedikit kelebihan seperti di Graf 2.4 . Walaupun begitu, hasil dapatan menunjukkan bahawa ada 4 faktor yang perlu diberi perhatian sehingga mampu menggangu perkembangan tabiat membaca murid kerana mempunyai skor min yang tinggi iaitu :
1. Lokasi perpustakaan yang kurang sesuai iaitu berada ditingkat 3 bangunan sekolah sehingga menyebabkan kesukaran untuk murid-murid pergi ke perpustakaan kerana terpaksa memanjat tangga yang tinggi..
Graf 2.4 : Carta Pai : Persoalan Kajian Tahap Tabiat Membaca Murid

2. Faktor masa dimana murid terikat dengan jadwal waktu kelas oleh itu mereka hanya sempat meminjam pada waktu rehat sedangkan waktu tersebut mereka terpaksa berbaris untuk membeli makanan di kantin dan seterusnya makan dan selepas itu terpaksa ke perpustakaan di lokasi yang tinggi oleh itu semangannya mereka tidak mempunyai ruang dan peluang untuk mengembangkan atau menyemai tabiat suka membaca.
3. Faktor suka membaca kartun, atau buku-buku berbentuk hiburan serta bermain komputer pada hari ini sememanganya menjadi kesukaan dan minat murid-murid kerana di zaman teknologi maklumat ini terdapat pelbagai kaedah untuk kita mengakses maklumat selain daripada melalui buku.

8.1. Fokus Dan Cadangan Tindakan
Berdasarkan analisa Graf 2.4 didapati salah satu permasalahan adalah berkaitan tiada ruang iaitu masa yang membolehkan murid membaca dan meminjam buku kerana murid terikat dengan jadual kelas pengajaran dan pembelajaran(p&p) oleh itu kajian akan menumpukan bahawa untuk mengatasi masalah dan membimbing murid dalam mengagihkan masa agar terdapat ruang untuk pembacaan buku. Penumpuan akan dilakukan pada tempat atau skop agar murid ada ruang untuk meminjam dan agihan masa untuk membaca. Langkah ini diambil dengan harapan akan dapat membantu mengatasi masalah murid suka bermain komputer dan juga membaca majalah-majalah hiburan tetapi masalah lokasi perpustakaan adalah lebih kepada penyelasian peringkat pentadbiran.sekolah dan jabatan pendidikan negeri.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah mengadakan Program Galak NILAM dimana aktiviti-aktivitinya adalah berdasarkan Program NILAM yang sedia ada tetapi pihak sekolah telah melakukan penambah baikkan berdasarkan aktivti-aktiviti tertentu yang sesuai bagi menangani masalah berdasarkan kajian yang telah dibuat ini. Perlaksanaan tindakan telah dibuat bermula pada 13 Mac, 2009 yang lalu dan pada 31 Mac, 2009 tinjauan keli ke dua iaitu melalui tinjauan yang dibuat dapatan dapat diambil mengapa murid kurang membaca dan punca mengapa pencapaian NILAM tidak memberangsangkan. Kajian yang dijalankan selama 3 minggu dan pelaksanaan program, hasil kajian mendapati bilangan murid yang membaca mula meningkat tetapi tidaklah begitu besar kerana tempoh tiga minggu untuk membuat pencerapan adalah begitu singkat bagi mendapatkan jawapan yang sebenar. Walaupun begitu dapatan kajian juga menunukkan bahawa pengurusan masa dalam membuat pinjaman amat penting dimana murid telah dapat mengagihkan masa untuk membaca yang sebelum ini merupakan masalah utama murid dan guru.

9. PELAKSANAAN TINDAKAN

9.1. Langkah 1 : Konsep Buku Mencari Murid.
Hasilan kajian menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah untuk meminjam buku di Pusat Sumber kerana kekangan masa. Oleh itu dikenalkan konsep buku mencari murid. Di mana setiap dua atau tiga hari guru matapelajaran bersetuju membawa beberapa buah bakul yang mengandungi buku-buku ke kelas-kelas dimana mereka mengajar. Murid dibenarkan meminjam buku tanpa perlu berada di Pusat Sumber Sumber dan guru matapelajaran merekodkan pinjaman buku oleh murid-murid ke dalam Rekod Pinjaman berdasarkan kelas.

9.2. Langkah 2 : Murid meminjam buku tanpa jadual.
Konsep ini diunakan hasilan daripada pemerhatian selama seminggu keatas kumpulan sasaran ini. Ada ketikanya murid yang tidak sihat atau ada waktu-waktu terluang, dengan kebenaran guru di dalam kelas, murid dibenarkan berjumpa dengan Guru Penyelaras PSS untuk meminjam buku. Secara tidak langsung, konsep meminjam tanpa jadual ini dapat menambahkan minat murid membaca kerana murid tidak perlu menunggu masa untuk meminjam atau memulangkan buku mengikut jadual.

9.3. 6.4 Langkah 3 : Tapak Pinjaman Bebas.
Zon bebas memimjam adalah salah satu langkah untuk membenarkan murid meminjam tidak bertumpu kepada Pusat Sumber sahaja. Sebaliknya murid dibenarkan meminjam mengikut kelapangan murid. Langkah yang dijalankan selaras dengan Konsep Mesra Buku atau dikenali Galakan NILAM dapat meningkatkan pembacaan murid. Murid tidak terikat dengan satu peraturan sahaja. Sebaliknya murid merasa senang dan selesa untuk meminjam buku-buku tanpa terikat dengan sesuatu peraturan sahaja.

10. REFLEKSI KAJIAN
Hasilan kajian melalui kajiselidik dan penyelesaian masalah didapati kekurangan di dalam pembacaan telah dapat diatasi. Murid-murid telah diberi bimbingan dan agihan masa teratur dapat dilaksanakan. Sejajar dengan program sekolah, Budaya IImu dan kajian tindakan ini . Program ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan bilangan membaca di kalangan murid-murid sasaran ini terlaksana, Rujuk kepada analisa di Jadual 10.1 dan Graf 10.1 mengikut jantina dan Jadual 10.2 dan Graf 10.2 untuk keseluruhan di bawah ini.





Analisa Pembacaan Murid Tahun 5 Cerdik
Hingga 31 Mac, 2009
Jadual 10.1 Analisa Menikut Jantina
Bil Kadar Bacaan (buah buku Bilangan Murid) Lelaki Perempuan
1 0 – 20 1 1
2 21 – 40 2 4
3 41 – 60 8 18
4 61 - 80 4 3

Rajah 10.1 : Grag Bar Jantina


Jadual 10.2 : Analisa Keseluruhan
Bil Kadar Bacaan (buah buku) Bilangan Murid
1 0 – 20 2
2 21 – 40 6
3 41 – 60 26
4 61 – 80 7

Rajah 10.2 Graf Bar Keseluruhan

Selain daripada itu terdapat beberapa dapatan tambahan yang positif dari perlaksanaan Program Galak Membaca ini iaitu a)Melalui Konsep Buku Mencari murid minat membaca kebanyakkan murid telah bertambah dimana setelah habis membaca buku yang dipinjam dan sebelum tempoh memulangkan buku tersebut, ramai di kalangan murid-murid telah bertukar-tukar buku diantara satu sama lain diantara rakan-rakan sekelas mereka, b)budaya mencatat ke dalam Buku Catatan NILAM yang dibekalkan oleh pihak sekolah telah dapat ditanamkan walaupun hanya menulis sinopsis dari buku-buku yang dibaca tersebut, c)bagi sekolah kecil yang ruang perpustakaannya terhad,bilangan buku-buku yang sentiasa dipinjam telah menjimatkan rak dan ruang perpustakaan tersebut, dan d)melalui perlaksanaan kajian ini secara tidak langsung pihak sekolah dengan kerjasama Penyelaras PSS dan jawatankuasanya telah sama-sama secara serentak mempraktikan program ini di kelas-kelas lain dan ini telah menyebabkan berlaku peningkatan kadar bacaan Program NILAM sekolah dimana di sepanjang 3 minggu kajian ini didapati lebih ramai murid-murid mendapat hadiah galakan peningkatan kadar bacaan mengikut kelas masing-masing.

Walau bagaimana pun melalui kajian ini masih terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan yang masih perlu dibuat kajian lanjutan pada masa hadapan diantaranya:
10.1. Kekangan didalam membuat kajian kes ini sendiri iaitu a)Penyelaras PSS tidak dapat sentiasa berada di PSS kerana terikat dengan waktu kelas p&p oleh itu murid-murid terpaksa membatalkan membuat pinjaman kerana ketiadaan Penyelaras PSS di perpustakaan, b)Kekerapan keluar masuk kelas telah meningkat dimana ada diantara murid-murid mengambil kesempatan bukan ke perpustakaan untuk meminjam buku tetapi merayau ke tempat lain, c)Melalui Konsep Buku Mencari Murid didapati agak membebankan Guru Penyelaras PSS dan guru matapelajaran serta pengawas-pengawas perpustakaan yang bertugas kerana terpaksa membawa bakul ke kelas yang terutamanya berada di bangunan di tingkat tinggi seperti tingkat 2 dan 3 misalnya, sedangkan bakul yang berisi buku-buku tersebut agak berat.
10.2. Tempoh kajian terlalu singkat dan skop kajin terpaksa dikecilkan oleh beberapa permasalahan lain yang menjadi faktor kepada kepada kadar kurang membacanya murid-murid seperti a)Tiada Masa, b)Kurang Minat Membaca, dan c)Bahan Tidak Sesuai telah tidak dapat dilaksanakan.

11. CADANGAN PENYELESAIAN 
Dalam mempertingkatkan minat membaca dikalangan murid, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan dan pihak sekolah telah sedaya-upaya melaksanakan program tersebut tetapi masih ada lagi perkara yang boleh diberi nilai tambah seperti a)bantuan dana dari pihak ibubapa, swasta dan pemimpin-pemimpin serta NGO yang lain supaya dapat menambah bilangan buku yang terkini dan berkualiti, menyediakan ganjaran bagi pencapaian murid dalam Program NILAM, b)Pihak pengajian tinggi awam dan swasta turut boleh membantu dalam member khidmat bantu dan membimbing murid-murid cara atau kaedah membaca supaya membaca akan menjadi budaya di dalam diri setiap murid malah kajian-kajian boleh dilaksanakan bagi mengenal pasti permasalahan yang berkaitan dengan pembacaan ini. Turut dicadangkan juga ialah kajian ilimiah dengan lebih lanjut dan berterusan harus dilaksanakan berdasarkan faktor-faktor lain seperti di perenggan (10.1) agar permasalahan berkaitan bacaan ini dapat diatasi. c) Pihak kementerian juga dicadangkan supaya dapat mengkaji semula plan pembangunan sekolah yang lebih teratur dan mengikut kesesuaian terutamanya lokasi perpustakaan seharusnya berdekatan degan kelas dan mudah di datangani oleh semua murid.

12. Penutup
Kajian yang telah dijalankan diharapkan dapat meningkatkan minat membaca dan murid dapat mengagihkan masa untuk membaca. Sesungguhnya membaca itu penting untuk mendapatkan ilmu dan setersnya menjadi tabiat serta budaya di sepanjang hayat kerana dengan membaca akan menambah ilmu kita sesuai dengan makna NILAM itu sendiri iaitu ”Nadi Ilmu Amalan Membaca”. Malah diharapkan kajian ini nanti akan meningkatkan bilangan pembacaan NILAM dan pada akhir tahun ini, pencapaian murid di dalam NILAM adalah baik dan memuaskan. Harapan untuk membaiki kelemahan pembacaan dapat dilaksanakan dan objektif NILAM bagi sekolah ini akan terlaksana serta akhirnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik sekolah.


------------------------------------------
Rujukan:

Bahagian Pendidikan Guru (2005). Jurunual Penyelidikan Pendidikan Guru. Jilid 1. Kuala Lumpur, BPG.

Bahagian Teknologi Pendidikan (2003). Panduan Pengurusan Nilam Sekolah. Kuala Lumpur. BTP

Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (2008). Kepimpinan Dan Pengurusan Sekolah Cemerlang.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Batu Pahat. UTHM.

Pandangan Melalui Facebook