Facebook

17 August 2007

Mesyuarat PTP PKG Daerah Batu Pahat Kali Ke-7


Tarikh : 16/8/07, Khamis
Tempat : PKG Parit Raja

Beberapa perkara yang telah diputuskan:



1) Instrument Pemantauan ke Arah ISO boleh didapati daripada PKG Pt. Raja.
Pkg-pkg diarahkan menyediakan fail-fail pemantauan berdasarkan instrument tersebut.

2) Penukaran tarikh dan tempat Sambutan Hari Keluarga
Semua pegawai-pegawai di PKG boleh rujuk kepada Ketua PTP masing-masing.

3) Usul pada mesyuarat yang lepas mengenai isi kandung Perlembagaan yang perlu diubah
suaikan(jika ada) dimana setiap PKG Batu Pahat akan diberikan senaskah salinan oleh
setiausaha untuk membuat semakan dan rujuk.
- sebarang pertanyaan sila rujuk kepada KPTP Ali Bin Salleh, PKG Parit Sulong

4) Mana-mana pegawai di PKG Batu Pahat yang belum melunaskan yuran diharapkan
berbuat demikian.

5) Setiap PKG BP telah diberikan salinan SKT oleh setiausaha untuk dibuat rujukan.
- sebarang pertanyaan sila rujuk kepada KPTP Ali Bin Salleh, PKG Parit Sulong

6) Keputusan dibuat sebulat suara supaya pihak Sumber Manusia di BTPN Johor lebih
mengambil berat tentang perjawatan pegawai-pegawai di PKG, merujuk kepada kes
En. Nasaruddin, PTP Yong Peng dan En. Roslan PTP Tongkang Pecah.

5) Keputusan dibuat untuk mengadakan mesyuarat Kebajikan pada hujung minggu.
- perkara-perkara berbangkit akan dibincangkan kemudian.

6) Keputusan dibuat supaya diadakan Yasinan PKG Batu Pahat sempena sebelum Ramadan
di PKG Yong Peng.

7) Keputusan dibuat iaitu Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri melibatkan semua
pegawai-pegawai di PKG.
- diharapkan tiada pengecualian
- jamuan ala kadar (tidak membazir)
- semua KPTP, PTP dan PT diharapkan dapat menerima kunjungan
- lain-lain perkara berbangkit akan dibincangkan kemudian

8) Keputusan sebulat suara diambil untuk mengubah tajuk Mesyuarat PTP PKG Daerah Batu
Pahat pada masa-masa akan datang iaitu Mesyuarat Pengurusan Dan Pentadbiran
PKG
Daerah Batu Pahat.

No comments:

Pandangan Melalui Facebook