Facebook

20 April 2012

BAHAN BENGKEL ABAD KE-21

Penggunaan video dalam PNP

Bahan untuk download :


13 April 2012

BENGKEL PEMBELAJARAN ABAD KE-21, VIDEO DALAM PENDIDIKAN


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam akan mengadakan  bengkel tersebut di atasGuru Penyelaras Bestari/Ict dan Juruteknik Komputer bagi sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam diminta untuk  menghadiri bengkel tersebut seperti ketetapan  berikut :

Tarikh         :    20 April 2012
            Masa          :    2.45ptg – 5.00 ptg
            Tempat       :    Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam
            Pakaian      :    Pakaian Rasmi
           
   Sila bawa bersama sebuah Komputer Riba, Broadband Dongle (jika ada) dan Wire Extention untuk kegunaan semasa bengkel.Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi En. Mesari bin Sanip, PKG Ayer Hitam di talian 7581106 dan 0137821123.

EDUWEBTV 2.0

Assalamualaikum

Saya bagi pihak Jawatankuasa Kerja EduwebTV, terlebih dahulu memohon maaf diatas segala permasalahan berkaitan dengan EduwebTV sejak kebelakangan ini.

Untuk makluman, buat masa kini pihak kami sedang berusaha membaiki gangguan pada server utama di Cyberjaya kira-kira 2 minggu yang lepas. Setakat ini pihak kami berjaya mengaktifkan semula server tersebut.

Namun begitu, video-video di portal tersebut masih tidak dapat dipaparkan disebabkan masalah beberapa masalah masih dalam proses diaktifkan semula termasuklah Windows Server Cluster Administrator, Mount Point error-disassociated from its mount point, IBM Director application error, IBM Database DB2 primary & secondary configuration error dan Metus not functioning.

Insya-Allah, semua permasalah ini akan dibaiki secepatnya sehingga minggu hadapan. Perkembangan lanjut pihak kami akan maklumkan.

Saya yang menurut perintah,

Abdul Muen Sidek
Pegawai Operasi
Unit Operasi Penerbitan
Sektor Penyiaran Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pandangan Melalui Facebook