Facebook

MBMMBI

MINIT CURAI

TAKLIMAT PENGEDARAN BAHAN DIGITAL
MBMMBI SEKOLAH MENENGAH

Tempat : PKG Bandar Kluang,
Tarikah & Masa : 12/8/2011; 9.00 pagi
Pengerusi : Tn Hj Ishak Bin Mahbob
Ketua Penolong Pengarah BTPNJ

Setiausaha : En. Yusma@Abd Mubin Bin Yusof
Penolong Pengarah Unit PIM BTPNJ

Agenda:
1.      Kata alu-aluan dan ucapan terima kasih oleh Tuan PP kepada Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan(KPTP) dan Pegawai Teknologi Pendidikan(PTP) seluruh Johor yang dapat hadir dalam taklimat ini atas arahan pihak KPM melalui BTP.

2.      Menekankan bahawa Bahan Digital(BD) MBMMBI ini diharapkan sampai ke sekolah berdasarkan jadual yang dilampirkan  oleh itu OS21000 telah diperuntukan oleh BTP kepada PKG dan guru-guru yang menghadiri kursus /bengkel pengedaran dan penggunaan MBMMBI dan borang tuntutan perjalanan disediakan oleh pkg masing-masing.

3.      Tender Perkhidmatan pengedaran CD MBMMBI ke seluruh Malaysia telah di perolehi oleh 2 buah syarikat iaitu Syarikat Novelco(M) Sdn.  Bhd. & Interactive Platform (M) Sdn.  Bhd.  Sebarang masalah yang timbul atau ketidak puasan hati tentang pengedaran sila hubungi terus kepada syarikat tersebut.

4.      Semua bahagian di dalam KPM terlibat sama dalam pemantauan perlaksanaan MBMMBI berdasarkan peranan dan tanggungjawab masing-masing seperti Bahagian Buku Teks, BPK, BPG, nazir dan lain-lain kerana projek ini merupakan agenda negara dan salah satu alternatif untuk menggantikan PPSMI. Laman web MBMMBI http://www.moe.gov.my/?id=169&lang=my. Oleh itu;


a.       BTPNJ akan memaklumkan kepada Pengarah dan semua sektor di JPN dalam mesyuarat mingguan jumaat di JPNJ manakala PKG hendaklah memaklumkan perkara tersebut di dalam mesyuarat mingguan di PPD masing-masing. Kerjasama pegawai-pegawai JPN dan PPD adalah diharapkan untuk sama-sama melihat perlaksanaan di sekolah semasa pemantauan dibuat.

b.      Penyelarasan haruslah dilaksanakan dari segi pemantauan dan pengawalan bermula dengan prosedur penerimaan, mesyuarat/taklimat, Ujilari, latihan guru, penyimpanan(inventori & No. Perolehan), maklum balas penggunaan dalam P&P.

c.       Dasar MBMMBI mestilah disampaikan secara menyeluruh kepada warga sekolah iaitu bukan sahaja guru malah kakitangan sekolah supaya mereka dapat menyatakan perkara yang sama apabila ditanyakan oleh pihak luar terutamanya ibubapa.

5.      Sasaran perlaksanakan MBMMBI sekolah menengah adalah Guru Ting. 1 (BM & BI) yang mengajar atau yang dicadangkan mengajar pada tahun 2012 beserta syarat-syarat nya iaitu:
a.       Guru tetap (bukan guru sementara atau guru tidak terlatih)
b.      Guru yang tidak berpindah tahun 2012

6.      CD Bahasa Melayu  mempunyai 8 keping CD berserta 1 instalasi manakala CD Bahasa Inggeris hanya 1 CD sahaja. Ianya boleh di install terus ke dalam komputer atau laptop sekolah guru yang mengajar. Atau di install ke dalam server sekolah.

7.      Penutup oleh Tuan KPP dengan mengingatkan iaitu
a.       Borang maklum balas sangat penting dan perlu diserahkan kepada guru-guru yang berkursus/berbengkel bertujuan untuk mengambil tahu sejauh mana perkembangan dan keberkesanan program ini dan guru-guru yang telah membuat in house training perlu membuat laporan berserta gambar.

b.      Plan tindakan haruslah dipatuhi oleh pihak pkg dan sekolah sebagaimana arahan seperti:
                                                              i.      Buku stok penerimaan(fail SAP), penyimpanan(Kew PS dan Buku Perolehan Perpustakaan).
                                                            ii.      Pastikan CD MBMMBI diterima dan sampai kepada guru-guru yang sebenarnya.
                                                          iii.      Sediakan buku laporan kerosakan/penggantian untuk CD MBMMBI yang rosak.
                                                          iv.      Dasar MBMMBI sampai ke pengetahuan semua warga sekolah walaupun yang tidak terlibat.
                                                            v.      Borang Kew PS2 perlu disediakan  – penerimaan cd samada cukup/tidak/elok/rosak di bahagikan kepada guru juga.
                                                          vi.      Ketika bengkel/kursus MBMMBI, guru diminta  bawa laptop  bagi ujilari dan juga perbincangan berkaitan dgn p&p MBMMBI.

Taklimat ditangguhkan pada 11.00 pagi.

Disediakan Oleh:                                                                 Disemak Oleh:
Mesri Bin Sanip                                                                  En Yusma@Abd Mubin Bin Yusof
Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan                                  Penolong Pengarah Unit PIM
PKG Ayer Hitam                                                                BTPN Johor

Pandangan Melalui Facebook