Facebook

PROSIDING KAJIAN

LITERASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN MATEMATIK TAHAP SATU


1Mesri Bin Sanip,  2Prof. Madia Hj Sapon Bin Ibrahim

1PKG Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor

2Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia




ABSTRACT

Since development in ICT which drastically it’s causing educational institutions to follow the stream to implement the using of computers and peripherals at all levels of education. The latest, computers as a teaching tool ABM have been incorporated into the teaching and learning (P & P). However, the previous studies have been found computers are not yet comprehensive practices in process P & P particularly for mathematics subject. Therefore, this study carried out to determine the level of computer literacy in the teaching of mathematics. The level of computer literacy of teachers will be measured based on the knowledge, skills and computer integration in P & P. The study also seeks to detect the barriers faced by teachers in using computers in their teaching. A total of 63 respondents involved in this study, consisting of level one mathematics’ teachers, who served on the national (SK) and national-type (SJK) primary schools zone of Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor which amounted to 14 schools. The study was a descriptive survey performed by using quantitative methods, using questionnaires. The data from the questionnaires are collected and analyzed using Statistical Packages for Social Science Version 15.0 for Windows (SPSS v 15.0) for frequency, percentage, mean score and standard deviation. The study showed the level of knowledge (mean = 3.56) for mathematics is at a moderate level as well as in terms of skills (mean = 3.30) teachers are at a moderate level which requires that they control many modes of computer range. While the integration of computers in process P & P is positive (mean = 4.15), indicating very interested for teachers to integrate computers with their P & P process. Through the study also detected that the barriers factor in computer used with P & P process, the issue is moderate (mean = 3.49).
In conclusion, the interested party with this study may be able to use the findings and the facts available to make the additive being efficiently served in studies in the future.

 

ABSTRAK


Perkembangan ICT yang begitu drastik menyebabkan institusi pendidikan terpaksa mengikut arus dengan mengimplimentasikan penggunaan komputer dan peralatannya di semua peringkat pendidikan.  Muktahir ini, komputer sebagai salah satu alat bantu mengajar ABM telah diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).  Namun begitu, melalui kajian-kajian lepas didapati komputer belum lagi menjadi amalan menyeluruh dalam proses P&P khususnya bagi mata pelajaran matematik.  Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan tahap literasi komputer dalam pengajaran matematik.  Tahap literasi komputer guru pula diukur berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan integrasi komputer dalam P&P.  Kajian ini juga bertujuan mengesan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Seramai 63 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada guru-guru matematik tahap satu yang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan ahli Zon Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor yang berjumlah 14 buah sekolah.  Kajian yang dilaksanakan adalah secara tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik.  Data yang diperolehi daripada soal selidik dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 15.0 for Windows (SPSS v 15.0). bagi mendapatkan frekunsi, peratusan, skor min dan sisihan piawai.  Hasil kajian telah menunjukkan tahap pengetahuan (min = 3.56) guru matematik adalah pada tahap sederhana begitu juga dari aspek kemahiran (min=3.30) guru adalah pada tahap sederhana yang memerlukan mereka menguasai banyak mod-mod komputer yang pelbagai.  Manakala integrasi komputer dalam proses P&P amat positif (min=4.15) yang menunjukkan guru amat berminat mengintegrasikan komputer dengan proses P&P mereka.  Melalu kajian juga dapat dikesan bahawa faktor kekangan penggunaan komputer dalam proses P&P yang dihadapi adalah sederhana (min=3.49). Dengan ini pihak yang berkepentingan dengan kajian ini semoga dapat memenafaatkan dapatan-dapatan dan fakta-fakta yang diperolehi bagi membuat penambah baikkan dalam kajian-kajian pada masa hadapan.                   


1.       PENGENALAN


Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi.   Malaysia pula merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dan sedang menuju ke arah sebuah negara maju.   Sehubungan dengan itu, keperluan untuk meningkat taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan kemahiran serta cemerlang dalam bidang pendidikan.   Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara, mahu tidak mahu Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam mengecapi arus perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer ini.   Dari perspektif umum, komputer bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat yang berupaya membantu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 
Oleh itu bagi memastikan rakyat Malaysia celik komputer, Projek Rangkaian Munsyi dan Projek TM School Online pada tahun 80an telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan harapan komputer dapat digunakan sebagai alat bantu di dalam proses P&P iaitu dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).   Pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003). 
Seterusnya rancangan pembestarian semua sekolah telah dilaksanakan melalui Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) telah dinyatakan secara rasminya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Bin Mohamad pada 29 Ogos 1995. Projek Sekolah Bestari ini ialah salah satu daripada tujuh aplikasi Perdana MSC.   Oleh itu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi telah diterap serta diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermula pada tahun 2003, dimana mata pelajaran Sains dan Matematik mulai diajar dalam Bahasa Inggeris.  
Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, KPM telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.   Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.   Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara.   Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia, 29 Ogos, 2006).   
Oleh itu, dengan peruntukkan yang besar tersebut berserta dengan program-program dan latihan-latihan yang dilaksanakan kerajaan melalui KPM, diharapkan penggunaan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan akan memberikan impak yang besar kepada kemajuan Negara dan kehidupan masyarakat pada hari ini.


2.       PERNYATAAN MASALAH


Guru telah dibekalkan dengan pelbagai peralatan teknologi termasuk komputer.   Guru juga telah mengikut latihan-latihan dan kursus yang berkaitan penggunaan ICT yang dikelolakan oleh pihak kerajaan secara berterusan sejak dari awal 80an di bawah kendalian KPM.   Namun melalui kajian ini apa yang ingin diselidiki adalah adakah usaha-usaha tersebut telah benar-benar berlaku dan penggunaan komputer telah menjadi amalan seperti yang diharapkan oleh semua pihak?   Oleh itu pengkaji ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan, kemahiran, sikap, pengintegrasian komputer dalam kalangan guru-guru sekolah rendah.


3.       SOALAN KAJIAN


Persoalannya, umum ingin mengetahui:
i.         Apakah tahap pengetahuan komputer untuk tujuan P&P.dalam kalangan guru matematik?
ii.        Apakah tahap kemahiran komputer untuk tujuan P&P.dalam kalangan guru matematik? 
iii.      Sejauh mana pengintergrasian komputer dalam P&P dalam kalangan guru matematik berdasarkan faktor demografi?
iv.      Apakah kekangan penggunaan komputer untuk tujuan P&P dalam kalangan guru matematik?



 4.       METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji memilih reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik yang mengandungi 53 item soalan bagi mengenal pasti tahap literasi komputer pengajaran matematik tahap satu di 14 sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan ahli Zon Ayer Hitam dalam Daerah Batu Pahat, Johor.
Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan adalah melalui pengedaran borang soal selidik yang direka bentuk bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Soalan-soalan yang dibina dalam borang soal selidik ini disusun mengikut persoalan kajian. Borang soal selidik yang telah dibangunkan telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah merupakan faktor demografi yang menandugi tujuh item manakala bahagian B menjelaskan pengetahuan, kemahiran dan integrasi komputer yang mengandungi 31 item. Bahagian C pula adalah berkaitan dengan item-item kekangan yang dihdapai oleh guru menggunakan komputer dalam proses P&P yang mana diwakil oleh 15 item soalan.

Kajian rintis telah dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam borang soal selidik. Justeru, dalam kajian ini pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 15 orang guru matematik tahap satu di tiga buah sekolah dalam Daerah Batu Pahat iaitu SKL Bandar, SK Temenggung Ibrahim dan SK Tengku Mariam. Pemilihan sampel ini adalah bersesuaian dengan tujuan kajian yang mana pengkaji mengenalpasti tahap literasi komputer guru matemtik tahap satu. Secara keseluruhan, nilai alpha cronbach adalah 0.951 (α > 0.60). Ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan item dalam borang soal selidik adalah baik.

Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai frekunsi, peratusan min dan sisihan piawai berdasarkan objektif yang ditetapkan. Tafsiran deskriptif skor min yang diubah suai daripada Mohd Najib seperti Jadual 3.6.

Jadual 3.6 Interaksi Skor Min
Pengetahuan, kemahiran dan integrasi penggunaan komputer dalam proses P&P serta kekangan yang mempengaruhi guru-guru sekolah menggunakan komputer dalam proses P&P.
1.00 – 2.33
Rendah
2.34 – 3.67
Sederhana
3.68 – 5.00
Tinggi

Sumber: Diubahsuai daripada Mohd Najib (2003).
 Persoalan kajian pertama dan kedua dirujuk dalam Bahagian B dan C dalam borang soal selidik yang mana telah dianalisis menggunakan kaedah deskriptif iaitu melibatkan skor min dan sisihan piawai manakala persoalan kajian ketiga dalam Bahagian A dianalisis menggunakan kaedah inferensi Ujian t-tidak bersandar dan Ujian ANOVA.  Analisis data berdasarkan persoalan kajian dapat dirujuk seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian
Soalan Kajian
Kaedah Penganalisisan Data
Soalan Kajian 1
Deskriptif menggunakan peraqtus dan skor min
Soalan Kajian 2
Deskriptif menggunakan skor min
Soalan Kajian 3
Inferensi menggunakan Ujian t-tidak bersandar ( perbezaan jantina)
Inferensi menggunakan Ujian ANOVA (perbezaan umur, taraf pendidikan akademik, penglaman sebagai guru dan pengalaman menggunakan komputer)



5.       DAPATAN KAJIAN


i.               Persoalan Kajian Ke-1 : Apakah tahap pengetahuan komputer untuk tujuan P&P dalam kalangan guru matematik?

Persoalan yang pertama bagi kajian ini ialah bagi mengetahui tahap pengetahuan komputer dalam kalangan guru matematik.   Berdasarkan kajian Jadual 5.1, didapati guru-guru telah mempunyai tahap literasi komputer.  

Jadual 5.1 : Faktor Pengetahuan

Item
 Soalan Pengetahuan
Min
(N=63)
Tahap
S8
Saya mempunyai asas pengetahuan komputer walaupun tanpa diberikan kursus komputer sebelum ini.
3.60
Sederhana
S9
Saya belajar komputer secara tidak formal iaitu belajar sendiri.
3.57
Sederhana
S10
Saya pernah mengikuti kursus komputer anjuran ajensi luar.
2.94
Sederhana
S11
Saya pernah mengikuti kursus komputer dalam perkhidmatan.
4.14
Tinggi
S12
Saya boleh menggunakan perisian kursus matematik yang dibekalkan oleh KPM dalam proses pengajaran.
4.00
Tinggi
S13
Saya mengenali peralatan komputer dengan dapat menamakannya.
3.90
Tinggi
S14
Saya boleh menyimpan setiap hasil kerja ke dalam cakera liat.
4.10
Tinggi
S15
Saya boleh memasang peralatan komputer sendiri sebelum melaksanakan proses pengajaran.
3.73
Tinggi
S16
Saya boleh mengendalikan peralatan komputer ketika proses pengajaran.
3.94
Tinggi
Min Keseluruhan
3.77
Tinggi

Ini adalah kerana daripada aspek pengetahuan, nilai keseluruhan min diperolehi 3.77 adalah tinggi.   Oleh itu dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan dapatan kajian Badrul Hisham (1998) yang mendapati guru-guru matematik kurang bersedia dalam menggunakan perisian di dalam kaedah PPBK.   
Ini menunjukkan guru-guru telah mempunyai pengetahuan sedia ada terhadap komputer sebelum menjawat profision perguruan lagi, ini disokong pula melalui dapatan dalam kajian ini iaitu mereka telah didedahkan dengan komputer sejak di sekolah menengah lagi iaitu sebanyak 36.5% dan pusat pengajian tinggi 25.4%.   Seterusnya uaha-usaha berterusan telah dilaksanakan oleh guru-guru dan pelbagai pihak bagi memastikan mereka terus didedahkan dengan komputer, di mana 36.5% didedahkan dengan komputer ketika bekerja melalalui kursus dalam perkhidmatan (KDP) yang dianjurkan oleh kerajaan melalui KPM dan juga pihak swasta seperti Jadual 5.2, iaitu seramai 57.1% dan 31.7% responden ” setuju” dan ”sangat bersetuju” iaitu apabila dijumlahkan sebanyak 88.1% responden telah bersetuju mereka telah didedahkan dengan kursus komputer dalam perkhidmatan. 

      Jadual 5.2 : S11 (Saya pernah mengikuti kursus komputer dalam perkhidmatan)
 
 
 
 

Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
Tidak Setuju
4
6.3
6.3
6.3
Tidak Pasti
3
4.8
4.8
11.1
Setuju
36
57.1
57.1
68.3
Sangat Setuju
20
31.7
31.7
100.0
Total
63
100.0
100.0


                Oleh itu pendedahan yang berterusan dan pengalaman yang diperolehi dari persekitaran mereka, responden telah terbiasa dengan komputer dan mempunyai pengetahuan yang baik tentang komputer.


ii.                   Persoalan Kajian Ke-2 : Apakah tahap kemahiran komputer untuk tujuan P&P dalam kalangan guru matematik? 


Walau bagaimanapun disebaliknya, penguasaan kemahiran komputer dalam kalangan responden adalah masih pada tahap sederhana berdasarkan Jadual 5.3

Jadual 5.3: Min Terhadap Tahap Literasi Guru Dan Kekangan
Literasi Guru
Min
Tahap
Pengetahuan
3.77
Tinggi
Kemahiran
3.30
Sederhana
Integrasi
4.15
Tinggi
Kekangan
3.49
Sederhana
Purata Keseluruhan
3.68
Tinggi

 nilai keseluruhan skor min yang diperolehi ialah 3.30.   Hasil kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian Rosnani et al.  (2006); Ng Choo Tang (2001), yang menunjukkan majoriti guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ICT yang tidak kukuh dan terbatas kerana sering menghadapi masalah teknikal semasa menggunakannya.   Hasil dapatan yang sama telah diperolehi oleh Mohd.  Izham dan Noraini (2002) berkaitan terhadap kesediaan dari aspek kemahiran bagi pengajaran sains mendapati min keseluruhan bagi aspek kemahiran ialah 2.62 pada tahap sederhana.   Ini telah menunjukkan guru-guru bukan tiada langsung kemahiran komputer sebaliknya guru-guru hanya perlu mempelbagaikan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang komputer berdasarkan mod-mod komputer yang menjadi amalan pada hari ini.  Ini sesuai dengan pendapat Jius@Mohd Yusoff A.Usia dan Sabariah Sharif (2006),
“telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan pada tahap ini memerlukan tenaga pengajar yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam semua peingkat pembelajaran, bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan penilaian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.”

Jadual 5.4 :  Faktor Kemahiran

Item
 Soalan Kemahiran
Min
(N=63)
Tahap
S17
Saya boleh mencari semula fail yang telah disimpan di dalam cakera liat (hardisk).
3.95
Tinggi
S18
Saya boleh mencetak hasil kerja yang dihasilkan melalui perisian MS Office.
4.03
Tinggi
S19
Saya boleh menaip dengan menggunakan perisian MS Word.
4.37
Tinggi
S20
Saya boleh membuat muat turun bahan-bahan yang berkaitan dengan P&P melalui internet.

3.79

Tinggi
S21
Saya boleh membuat muat naik bahan-bahan yang berkaitan dengan P&P melalui internet.

3.48

Sederhana
S22
Saya boleh menguruskan fail-fail ke dalam folder-folder  berkaitan komputer.

3.68

 Tinggi
S23
Saya boleh menguruskan laman web yang telah dibena oleh pihak sekolah.
2.40
Sederhana
S24
Saya boleh menggunakan perisian MS Power Point untuk menghasilkan bahan P&P.
3.44

Sederhana
S25
Saya berkebolehan menggunakan perisian authoring bagi membina perisian untuk P&P yang mudah.
2.70

Sederhana
S26
Saya boleh memasukan markah murid-murid melalui perisian MS Excel.

4.13

Tinggi
S27
 Saya boleh menggunakan perisian audio dalam membina bahan P&P.

3.08

Sederhana
S28
Saya boleh menggunakan perisian video dalam membina bahan P&P.

2.95

Sederhana
S29
Saya berkebolehan menyelenggara kerosakan system komputer yang menggunakan Windows XP.

2.33

Rendah
S30
Saya berkebolehan menyelenggara kerosakan komputer.
2.30
Rendah
S31
Saya boleh membuat defragment dalam menyelenggara cakera liat (hardisk).

2.90

Sederhana
S32
Saya boleh membuat scandisk dalam cakera liat dengan menggunakan perisian antivirus.

3.27
Sederhana
Min Keseluruhan
3.30
Sederhana

Merujuk kepada Jadual 5.4, kemahiran guru-guru dalam penggunaan adalah tinggi,ini menunjukkan guru telah mempunyai banyak kemahiran komputer yang boleh membantu dalam P&P mereka seperti menguruskan fail dan folder (3.68), menggunakan perisian aplikasi seperti MS Excel(4.13) dan mencetak hasil kerja (4.03) dan membuat muat turun (3.79).  Merujuk kepada item-item soalan yang menjurus kepada aras kemahiran teknikal yang tinggi sahaja guru memperolehi nilai min yang sederhana iaitu S25 pengarangan autoring (2.70), S29 penyelenggaraan perisian sistem (2.33) dan S30 penyelenggaraan komputer (2.30) yang sememangnya memerlukan aspek kemahiran yang tinggi.  Sehubungan dengan itu dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Sarimah (2003),
“ telah mendapati segelintir pensyarah matematik dan Sains di UPSI yang mahir dengan teknologi tetapi tidak mahu menggunakan ICT dalam P&P matematik dan sains.    Persoalan yang timbul, tidak kesemua aspek kemairan tersebut diperlukan dan relevan dalam guru-guru menyampaiakan proses P&P murid.“
Tambahan pula kemahiran teknikal tersebut sukar untuk dikuasai dan jarang-jaran pula digunakan dalam melaksanakan tugasan mereka sebagai seorang guru dan pada masa yang sama tugas sebagai seorang pendidik pula penuh dengan beban dan tanggungjawab yang perlu digalas maka agak sukar untuk guru-guru mengingati dan menggunakan pelbagai aspek kemahiran dalam bidang komputer sebagaimana yang diakui oleh Muhyiddin Yassin (2010), bahawa kerajaan telah menubuhkan panel yang mana telah mencadangkan empat kaedah bagi meringankan beban tugas guru dalam P&P. 
 

iii.           Persoalan Kajian Ke-3 : Apakah tahap pengintegrasian komputer untuk tujuan P&P dalam kalangan guru matematik?  

Jadual 5.5 : Faktor Integrasi

Item

Soalan Integrasi
Min
(N=63)
Tahap
S33
Saya bersetuju bahawa setiap orang guru hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran komputer dalam proses P&P matematik.
4.27

Tinggi

S34
Saya bersetuju penggunaan komputer mampu menarik pelajar terhadap P&P matematik dengan lebih berkesan.
4.05

Tinggi
S35
Saya bersetuju penggunaan komputer mampu mewujudkan rangsangan minda pelajar dalam P&P matematik.
4.11

Tinggi
S36
Saya bersetuju penggunaan komputer dapat membantu memperjelaskan konsep abstrak dalam mata pelajaran matematik dengan lebih berkesan.
4.00

Tinggi

S37
Saya bersetuju penggunaan perisian khusus KPM dapat membantu dalam P&P matematik dengan lebih berkesan.

4.13

Tinggi
S38
Saya bersetuju kursus komputer dari semasa ke semasa dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran komputer bagi tujuan P&P matematik.
4.33

Tinggi


Jumlah Min
4.15
Tinggi

Merujuk kepadaJadual 5.5, guru-guru mempunyai persepsi yang amat positif dalam mengintegrasi komputer dengan P&P dengan memperolehi skor min keseluruhan tahap tinggi  4.15.  Hasil dapatan kajin ini telah menunjukkan guru amat percaya dan yakin dengan wujudnya integrasi komputer dalam pengajaran mereka akan memberikan impak positif kepada murid dalam mata pelajaran matematik.  Ia diperkukuhkan lagi oleh Chong Chee Keong et al. (2005), yang telah menyatakan majoriti guru menyokong penggunakan ICT dalam proses P&P matematik dan berpandangan bahawa dengan ICT proses P&P adalah lebih mudah dan lancar.  Malah walaupun jika merujuk Jadual 5.3, didapati nilai keseluruhan skor min bagi Faktor Kemahiran (3.30) adalah pada tahap sederhana tetapi guru amat berminat untuk mengimplimentasikan segala kursus komputer yang selama ini dihadiri dan dipelajari untuk digunakan dalam proses P&P mereka dengan nilai min yang diperolehi adalah tertinggi diantara item-item integrasi yang lain iaitu 4.33.
Walau bagaimanpun dalam kajian ini faktor pengetahuan, kemahiran dan integrasi adalah amat penting untuk mencapai tahap literasi komputer dalam kalangan guru-guru dalam pengajaran matematik oleh itu aspek kemahiran pada tahap min sederhana guru perlu dipertingkatkan tahap kemahiran berbanding aspek pengetahuan dan integrasi.


a.       Persoalan Kajian Ke-4 : Sejauh mana pengintergrasian komputer dalam P&P dalam kalangan guru matematik berdasarkan  jantina?

Jadual 5.6 : Latar Belakang Demografi Responden
Maklumat
Kekerapan
(N=63)
Peratusan
(%)
Jantina
Lelaki
Perempuan

17
46

27.0
73.0
Berdasarkan Jadual 5.6, didapati sampel kajian berjumlah 63 orang dan terdiri daripada ramai responden wanita seramai 46 orang (73%) berbanding responden lelaki.  Ini telah menunjukkan lebih ramai guru perempuan yang mengajar matemtik pada Tahap Satu di sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam tetapi melalui Ujian t, keputusan telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min ujian integrasi komputer diantara guru lelaki (M = 4.4216, SD = 0.42540), dengan guru perempuan (M = 4.0471, SD = 0.53248). Ini menunjukkan telah terdapat perbezaan yang signifikan diantara tahap pengintegrasian komputer berdasarkan jantina diantara lelaki dan perempuan iaitu guru lelaki lebih bersedia melaksanakan pengintegrasian komputer dalam P&P berbanding guru perempuan. 
Walau bagaimanapun dapatan dari kajian ini berbeza dengan kajian Houtz dan Gupta (2002), study found significant gender difference in the way females and males rated themselves in their ability to master technology skills.  Keadaan ini berkemungkinan kerana dari aspek penyelenggaraan perkakasan komputer lelaki lebih berminat berbanding perempuan kerana aktiviti ini memerlukan lebih banyak tenaga seperti mengangkat, memindah atau memasuki celah-celah kerangka komputer yang mana tidak sesuai dilakukan oleh orang perempuan. Pendapat ini disokong  oleh kenyataan King, Bond dan Blandford (2002) added that measurable gender differences exists when females construct computers as masculine.  Females view technology less of threat when they perceive computers as a method of communication and not as a computational tool.


b.       Persoalan Kajian Ke-5 : Sejauh mana pengintergrasian komputer dalam P&P dalam kalangan guru matematik berdasarkan kelulusan akademik?

Jadual 5.7 : Latar Belakang Demografi Responden
Maklumat
Kekerapan
(N=63)
Peratusan
(%)
Kelayakan Akademik Tertinggi
SPM/MCE
STPM/STP/HSC
DIPLOMA
SARJANA MUDA/SARJANA

14
18
20
11

22.2
28.6
31.7
17.5

Berdasarkan kelayakan akademik merujuk Jadual 5.7, terdapat lebih ramai guru bukan siswaza iaitu SPM/MCE, STPM/STP/HSC dan Diploma iaitu 52 orang (82.5%) dan guru siswaza seramai 11 orang (17.5%) telah menunjukkan bahawa pihak kerajaan melalui KPM telah mula meramaikan guru siswazah berkhidmat di sekolah rendah dan mengajar mata pelajaran matematik. Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil kajian Jadual 5.8, tiada perbezaan segnifikan berdasarkan kelulusan akademik dengan pengintegrasian komputer dalam P&P, ini bermakna walau latarbelakang kelayakkan akademik guru-guru adalah berbeza tetapi kesemua mereka bersedia melaksanakan pengintegrasian komputer dalam P&P.

Jadual 5.8 :  Perbezaan Signifikan Tahap Integrasi Komputer Berdasarkan Akademik
Ujian ANOVA Sehala








Melalui kajian ini juga, perbezaan akademik tidak mewujudkan perbezaan dalam pengintegrasian komputer ada kaitan dengan Item “Mula didedahkan guna komputer” rujuk Jadual 5.9,

Jadual 5.9 : Latar Belakang Demografi Responden
Maklumat
Kekerapan
(N=63)
Peratusan
(%)
Mula Didedahkan Guna Komputer
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Pusat Pengajian Tinggi
Ketika Bekerja

1
23
16
23 

1.6
36.5
25.4
36.5

dengan responden N = 63, 39 daripada responden (61.9%) daripadanya telah didedahkan dengan komputer di peringkat sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi serta 23 orang (36.5%) lagi telah didedahkan dengan komputer sejak berkhidmat sebagai guru.  Pendedahan sejak awal dengan komputer dan secara berterusan ketika berkhidmat telah memberi kemantapan kepada guru yang terdiri dari pelbagi latarbelakang akademik dari segi kesediaan dan kemahiran komputer sehingga mendorong mengintegrasi komputer dalam P&P.  Melalui kajian Zamri et al. (2007), kebanyakkan guru menggunakan bahan-bahan multimedia interaktif yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan keberkesanan P&P serta menarik minat murid, namun begitu terdapat juga guru yan menghasilkan bahan-bahan multimedia sendiri.  Kenyataan ini disokong oleh Mohd Arif et al. (2003), menyatakan bahawa teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja P&P.


c.           Persoalan Kajian Ke-6 : Sejauh mana pengintergrasian komputer dalam P&P dalam kalangan guru matematik berdasarkan  penglaman mengajar?


Jadual 5.10 :  Perbezaan Signifikan Tahap Integrasi Komputer Berdasarkan Pengalaman Mengajar.
Ujian ANOVA Sehala



Berdasarkan Jadual 5.10, keputusan ANOVA Sehala bagi integrasi komputer guru matematik berdasarkan kelayakan akademik yang diperolehi adalah [F=1.029, p>0.05]  Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan terhadap taha  integrasi komputer mengikut pengalaman mengajar berdasarkan ujian ANOVA.
Hasil dapatan ini telah menunjukkan bahawa penggunaan komputer telah menjadi budaya dalam kalangan guru matematik disekolah sama ada guru baru ataupun yang telah lama berkhidmat. Merujuk kepada Jadual 5.9 turut membuktikan pendedahan lebih awal dan berterusan terhadap persekitaran komputer telah mendatangkan impak yang positif kepada guru seperti guru-guru pelatih telah didedahkan dengan penggunaan komputer ketika dalam latihan sementara guru-guru yang sedang berkhidmat telah diberikan latihan-latihan dalam bidang komputer melalui KDP. Oleh itu, adalah menjadi perkara biasa pada hari ini guru yang baru berkhidmat mempunyai kebolehan dalam penggunaan komputer tetapi adalah memberasangkan apabila melalui hasil kajian Norhana et al. (2007), telah mendapati 83% guru sains telah menggunakan perisian kursus PPSMI dan kebanyakkan guru sains berumur lebih daripada 41 tahun, namun mereka tidak takut untuk menggunakan teknologi.


d.       Persoalan Kajian Ke-7 : Tahap Integrasi Berdasarkan Penglaman Menggunakan Komputer

Jadual 5.11 :  Perbezaan Signifikan Tahap Integrasi Komputer Berdasarkan Pengalaman Menggunakan Komputer.

Ujian ANOVA Sehala








Berdasarkan Jadual 5.11, keputusan ANOVA Sehala bagi integrasi komputer guru matematik berdasarkan pengalaman menggunakan komputer yang diperolehi adalah [F=0.892, p>0.05]  Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan terhadap tahap integrasi komputer mengikut pengalaman menggunakan komputer berdasarkan Ujian ANOVA pada aras signifikan (0.05) didapati nilai (p) lebih besar daripada nilai aras signifikan (p>α). Oleh itu hipotisis nul diterima. 

Jadual 5.12 : Latar Belakang Demografi Responden
Maklumat
Kekerapan
(N=63)
Peratusan
(%)
Pengalaman Guna Komputer
1-5 tahun
6-10 tahun
11-15 tahun
>15 tahun

  7
29
15
12

11.1
46.0
23.8
19.0

Hasil daripada dapatan ini dan juga merujuk kepada Jadual 5.12,  hanya tujuh (11.1%) orang sahaja guru yang mempunyai pengalaman penggunaan komputer kurang dari lima tahun, ini telah menunjukkan sama ada guru baru atau lama berkhidmat mereka mendapat peluang yang sama dalam menggunkan kemudahan komputer dan peralatannya yang dibekalkan oleh KPM ke sekolah-sekolah.  Norhayati Abd. Mukti (2000)
Melalui program pembekalan komputer riba ini, guru-guru dapat meluangkan banyak masa meneroka dan mempelajari keupayaan teknologi tersebut dalam membantu tugas mereka sebagai pendidik dan seterusnya meningkatkan pengetahuan mereka adalam aspek kegunaan teknologi komputer tersebut.
                Selain daripada pembekalan komputer dan peralatannya melalui Program PPSMI, hampir semua sekolah di Malaysia pada hari ini telah mempunyai makmal komputer. RMK-9 sahaja kerajaan telah memperuntukkan RM 2.3 billion bagi mempertingkatkan kemudahan ICT di semua sekolah seluruh Negara.  Ketika itu 97% sekolah telah mempunyai kelengkapan berkenaan. (Utusan Malaysia, Selasa, 29 Ogos, 2006).  Oleh itu pada hari ini, guru-guru sentiasa berpeluang melaksanakan integrasi komputer dalam P&P.
               

iv.     Kekangan


Jadual 5.12 : Perbezaan Signifikan Tahap Integrasi Komputer Berdasarkan Jantina
                                                                                    
Ujian Sampel T Tidak Bersandar
Item
Bil
Min
SD
Nilai-T
DF
Sig. (2 tailed)
Lelaki
17
4.4216
0.42540

2.604

61

0.012
Perempuan
46
4.0471
0.53248




Merujuk kepada Jadual 5.12, guru amat berpuas hati terhadap komitmen pentadbir dalam member kerjasama dan mendorong penggunaan komputer dalam proses P&P dengan skor min tertinggi (4.02).  Dapatan kajian ini berbeza dengan Mohd Najib Hamdan (2006), yang menyatakan bahawa berikutan kemahiran komputer guru yang lemah adalah disebabkan kurangnya sokongan dari pihak pentadbir sekolah.  Malah disebaliknya, guru juga berpuas hati terhadap KDP yang diberikan secara berterusan kerana berupaya membantu mereka mengimplimentasikan penggunaan komputer dalam P&P  dan setiap latihan yang diberikan telah memberikan mereka ilmu yang bermenafaat dengan skor min masing-masing 3.86 dan 3.92, ini sesuai dengan saranan Baharuddin et al.(2000), bahawa cabaran untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan adalah meningkatkan pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi serta penyediaan terhadap perubahan ICT.

Jadual 5.13 : Faktor Kekangan


Item
 Soalan Kekangan
Min
(N=63)
Tahap
S39
Pentadbir komited terhadap penyediaan kelengkapan komputer.
3.80
Tinggi
S40
Pentadbir member galakan dalam usaha meningkatkan penggunaan kelengkapan komputer.

4.02

Tinggi
S41
Susunan jadual waktu yang teratur memudahkan saya menggunakan kelengkapan komputer dalam P&P.

3.73

Tinggi
S42
Masa yang diperuntukkan adalah mencukupi bagi penggunaan kelengkapan komputer dalam P&P.
3.24
Sederhana
S43
Susunan Kelas adalah sesuai untuk penggunaan kelengkapan komputer.
3.37
Sederhana
S44
Pentadbir sentiasa menggalakan program berterusan bagi mempertingkatkan P&P berbantukan komputer.
3.86
Tinggi
S45
Kemahiran penggunaan ICT yang saya pelajari dalam latihan/kursus dapat dipratikkan.
3.92
Tinggi
S46
Bahan Interaktif perisian kursus (CDRI) adalah mencukupi.
3.32
Sederhana
S47
Pihak sekolah menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menyelenggara kelengkapan komputer.
3.21
Sederhana
S48
Urusan pinjaman peralatan ICT diuruskan dengan cekap.
3.57
Sederhana
S49
Program/perisian ICT yang dibekalkan oleh KPM adalah sesuai untuk P&P.
3.79
Tinggi
S50
Penyediaan bahan/sumber pengajaran melalui komputer adalah mudah.

3.51

Sederhana
S51
Peralatan ICT ditempatkan sepenuhnya di kelas.
2.48
Sederhana
S52
Kelengkapan ICT seperti laidtop, LCD, projector dan perisian mudah diperolehi.

3.35

Sederhana
S53
Pihak pentadbiran member penghargaan sebagai dorongan dalam usaha mempertingkatkan penggunaan ICT.
3.29
Sederhana
Min Keseluruhan
3.49
Sederhana
Merujuk Jadual 5.13, guru-guru amat bersetuju bahawa kekangan dalam pengintegrasi komputer dalam pengajaran mereka memang wujud dengan nilai skor min dalam beberapa aspek seperti kelengkapan ICT dalam kelas (2.48) dan peruntukkan penyelenggaraan (3.21) serta nilai skor min keseluruhan pada tahap sederhana (3.49) tetapi guru-guru tetap positif dan sentiasa bersedia melaksanakannya integrasi komputer dalam pengajaran mereka seperti dapatan kajian Ambigapathy dan Suthagar (2003), telah membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan.




v.       Cadangan

Berdasarkan perbincangan dan rumusan kajian yang telah dinyatakan, maka pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan dalam saranan untuk dipertimbangkan oleh pihakl-pihak yang  berkepentingan dengan kajian ini.  Cadangan dan saranan yang dinyatakan oleh pengkaji dlam kajin ini diharapkan dapat sdiberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu seperti guru, pentadbir sekolah, pejabat dan jabatan pendidikan serta sektor atau bahagian teknologi di KPM.  Ianya adalah penting bagi menilai kembali program yang selama ini telah dilaksankan sama ada telah memberi impak yang positif dan pada masa yang sama bagi melaksanakan penambah baikan terhadap perkara-perkara yang kurang pada masa hadapan.


a.       Cadangan Kepada Guru

Antara beberapa cadangan yang disarankan kepada guru-guru adalah seperti yang dinyatakan dibawah:
         i.            Guru-guru seharusnya telah meninggalkan P&P secara lama yang diamalkan selama ini chalk and talk, sebaliknya memikirkan pembelajaran secara dinamik dan fleksibel dalam kontkeks penggunaan komputer dan peralatannya.  Dengan itu, guru perlu bersedia mengubah sikap supaya lebih positif dan yakin dengan agenda perubahan agar generasi pada masa hadapan tidak ketinggalan, malah guru harus berinovasi dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya P&P secara konvisional yang kurang berkesan dapat ditingkatkan dengan salah satu cara iaitu  mengintegrasikan teknologi agar proses P&P matematik lebih bermakna dan menarik kepada murid-murid.
        ii.            Semua guru matematik dicadangkan supaya bukan sahaja mahir menggunakan komputer malah peralatannya seperti perisian CDRI, pencetak, projektor LCD, transperanci OHP dan  papan putih elektronik sama ada di dalam kelas atau makmal komputer. Ini penting kerana masih ramai guru yang tidak mahu menggunakan peralatan ini sedangkan mereka mempunyai pengetahuan tentang penggunanya dengan alasan tidak cukup masa, banyak peralatan perlu dibawa ke kelas dan isi kandungan perisian tidak sesuai dengan tajuk yang diajar.
      iii.            Memandangkan pada hari ini teknologi pantas berubah, maka guru perlu bersedia dan berinovatif dengan mencari idea-idea baru dalam mengintegrasi komputer dalam P&P dengan menghadiri kursus ICT jangka pendek sama ada dianjurkan oleh KPM ataupun pihak swasta.  Mereka dicadangkan menambah kemahiran adalam aspek pengarangan perisian pembelajaran,  pengubahsuaian perisian CDRI seperti mempelajari aspek audio, video, grafik, animasi dan laman web.  Ini bagi membantu mereka mempertingkatkan kemahiran agar tidak bergantung sahaja kepada perisian CDRI yang telah dibekalkan dengan berkeupayaan mengubah suai dan memperkembangkan isi kandung CDRI tersebut agar sesuai dengan tajuk P&P mereka. Kemahiran ini juga akan dapat membantu guru-guru membina perisian sendiri yang disesuaikan dengan P&P seperti dengan menggunakan MS Power Point, Autoware dan Flash.  Guru juga disarankan mempunyai laman web sendiri sebagai salah satu kaedah mempelbagaikan kaedah penyampaian ilmu terhadap murid-murid dengan menempatkan bahan-bahan pengajaran dan tunjuk ajar secara on-line agar proses P&P kepada murid-murid dapat dilaksanakan secara berterusan.


b.       Cadangan Kepada Pentadbir Sekolah Dan Jabatan

Antara cadangan-cadangan kepada pentadbir sekolah adalah seperti yang dinyatakan dibawah ini:
i.         Pihak pentadbir sekolah seharusnya berupaya menanamkan budaya penggunaan teknologi dalam kalangan mesyarakat sekolah dengan sentiasa memantau, menyelia, mengawal, memberikan galakkan, pujian dan insentif kepada amalan ini agar wujud persikataran yang menggalakkan supaya dapat mempengaruh psikologi setiap individu untuk mengamalkan penggunaan komputer dan peralatannya bukan sahaja dalam P&P malah aspek lain seperti pengurusan. 
ii.           Pihak guru seharusnya diberikan dengan kursus-kursus berkaitan komputer yang sesuai dengan keperluan P&P pada hari ini kerana teknolog semakin berkembang maka ketidak sesuaian kursus akan mengakibatkan pembaziran kerana mod-mod komputer terlalu banyak maka kutamaan harus diberikan terhadap bidang yang sesuai dengan kerpeluan P&P masa kini. 
iii.         Pihak Teknologi Pendidikan Daerah (TEKNBOPEND), pejabat pelajaran daerah disarankan menyediakan pasukan yang terdiri dari guru-guru pakar mata pelajaran tertentu bergabung bersama guru atau pegawai pendidikan yang mahir dalam bidang komputer bagi mewujudkan pasukan yang mampu membina perisian sendiri bagi keperluan guru-guru mata pelajaran di sekolah disamping bagi memperkayakan lagi sumber pengajaran yang sedia ada.
iv.         Secara kesluruhan kerajaan melalui KPM telah membekalkan komputer dan peralatannya ke semua sekolah di seluruh Malaysia tetapi masih tidak mencukupi berdasarkan keperluan guru-guru untuk melaksanakan P&P di dalam kelas.  Oleh itu, pihak KPM seharusnya meningkatkan prasarana dan infrastruktur berasaskan inrolment guru dan murid serta pengagihan peralatan komputer secara menyeluruh kepada sekolah bandar dan luar bandar serta semua guru bukan mengikut mata pelajaran tertentu sahaja supaya semua guru-guru berpeluang untuk mengintegrasikan komputer dalam P&P.
v.          Keperluan penyelenggaran yang mencukupi adalah penting kerana tempoh dua tahun bagi sesuatu peralatan komputer dikira telah ketinggalan dari aspek teknologi dan pada masa yang sama kompur yang dibekalkan telah digunakan dengan semaksimum yang mungkin oleh guru-guru, oleh itu adalah amat penting penyediaan perkhidmatan juruteknik dan staf-staf sokongan yang berkelulusan dalam bidang perkomputeran.  Disamping itu, sistem komputer yang ketinggalan perlu di naik taraf serta komputer yang sentiasa digunakan atau yang telah rosak perlu diselenggara.  Jesteru itu peruntukkan belanjawan perkomputeran sekolah seharusnya ditambah pada tiap-tiap tahun supaya semua guru dapat membudayakan penggunaan komputer dalam proses P&P mereka.




c.        Cadangan Kajian Lanjutan

Kemajuan teknologi perkomputeran sentiasa mengalami perubahan drastic dan bergerak dengan pantas.  Manakala penggunaan komputer dalam proses P&P adalah terbukti dapat mempertingkatkan lagi proses pengajaran.  Oleh itu, kajian demi kajian harus dilaksanakan bagi melihat serta menilai sama ada berlaku penambah baikan terhadap program perkomputeran yang telah dan sedang dilaksanakan dan pada masa yang sama bagi memastikan sistem pendidikan kita tidak ketinggalan selaras dengan arus kemajuan global pada hari ini. Antara cadangan yang dikemukakan untuk kajian-kajian akan datang  adalah:

i.         Skop kajian diperluaskan iaitu kepada mengkaji tahap literasi komputer dalam pengajaran guru sekolah rendah dengan membuat perbandingan dalam beberapa mata-mata pelajaran tertentu.
ii.        Kajian memfokuskan lebih kepada tahap kesediaan dar faktor sikap kerana ia juga merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran.
iii.      Sampel kajian juga boleh ditambahkan lagi dengan melibatkan lebih banyak sekolah-sekolah rendah zon-zon lain terutama sekali sekolah bandar dan luar bandar supaya hasil kajian nanti lebih menyeluruh dan dapat lebih menggambarkan keputusan yang menjawab kepada persoalan kajian. 
iv.      Oleh kerana mod-mod komputer ada banyak seperti perisian sistem, perisian aplikasi, internet, pengkalan data, email dan peralatan-peralatan komputer sewrta rangkaian, adalah dicadangkan juga tajuk kajian yang memfokuskan kepada tahap literasi komputer berdasarkan faktor demografi jantina bagi mengkaji tahap kesediaan seperti sikap, pengetahuan, kemahiran dan kekangan yang dihadapi oleh dua kumpulan yang berbeza jantina ini dan sejauh mana dapat diintegrasikan dalam pengajaran.




vi.                 Penutup

Bab V telah membincangkan hasil dapatan kajian, cadangan dan kesimpulan akhir terhadap kajian yang dilaksanakan.  Secara keseluruhan persoalan kajian yang dibangkitkan seperti yang disenaraikan di Bab I telah dianalisis dan dibincangkan.  Beberapa cadangan juga telah diajukan kepada pihak yang berkaitan dan penyelidik akan datang.  Harapan agar kajian ini dapat menjadi sumber rujukan bagi institusi yang berkaitan dengan teknologi pendidikan agar dapat membantu memastikan perkembangannya seiring dengan arus kemajuan pendidikan pada masa hadapan.    








Rujukan

_________


Ambigapathy, P dan Suthagar, N. (2003).  Literasi Teknologi Komputer:  Persepsi Dan Penggunaan Di Kalangan Guru. Dalam Pandian, A (ED.).  Bahasa Dan Literasi:  Penyelidiakan Dan Peninjauan Untuk Pendidikan. Penerbit UPM.  Serdang.

Badrul Hisham Alang Osman (1998).  Kesediaan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer (PPBK) Di Sekolah Menengah.  Dicapai pada Febuari 20, 2010 datripada http://motivasiutusan.4mg.com/kerja1.html

Baharuddin Aris, Noraffandy Yahya, Jamaluddin Harun dan Zaidatum Tasir (2000).  Teknologi Pendidikan.  Siri Modul Pembelajaran.  UTM.  Kulai, Johor.

Chong Chee Keong, Sharaf Horani dan Jacob Daniel (2005). A Study On The Use Of ICT In Mathematics Teaching.  Malaysian Online Journal Of Instructional Technology (MOJIT). Vol. 2, No. 3. ms. 43-45. 

Houtz, L. E. & Gupta, U. G. (2001).  Nebraska High School Student:; Computer Skills And Attitudes. Journal Of Research On Computing In Education, 33(3), ms. 316-328

Jius@Mohd Yusoff A.Usia dan Sabariah Sharif (2006). Hubungan Tahap Literasi Komputer Dengan Kekerapan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Likas.  Universiti Malaysia Sabah.

King, J. Bond, T., Blandford, S. (2002).  An Investigation Of Computer Anxeity By Gander And Grad, Computer In Human Behaviour, 18, ms 69-84. 

Mohd Arif Hj. Ismail, Norsiati Razali @ Mohd Ghazali. (2003).  Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran:  Perspektif Mata Pelajaran Kimia SPM.  Jurnal Pendidikan UKM.  Jilid 3.  Bil 1.  April 2003:  ms. 7-11. Serdang, Selangor.

Mohd Izham dan Noraini Attan (2002).  Kajian Terhadap Kesediaan Guru Dari Aspek Kemahiran Dan Pencapaian Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berdasarkan Komputer Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Sains.  Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Mohd Najib Hamdan (2006).  Penggunaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Negeri Johor: Sikap Dan Kekangan.  Laporan Projek Sarjana yang tidak diterbitkan.  Parit Raja.  UTHM.

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003).  Rekabentuk Tinjauan: Soal Selidika Pendidikan.  Skudai.  Johor.  Universiti Teknologi Malaysia.

Muhyiddin Yassin. (17 Mei, 2010).  Ganjaran KPI Guru.  Berita Hairan. Dicapai pada November 1, 2010 daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GanjaranKPIguru/Article/

Ng Choo Tang.  (2001).  Sikap Terkini Pensyarah Maktab Perguruan Seri Kota Terhadap Komputer.  Jurnal Pendidikan TIGAENF.  Jilid 2: Bil.  4.  Jabatan Pendidikan Agama Dan Moral.  Institut Bahasa-bahasa Antarabangsa.

Norhana Aini Mohamed Amin, Noorashikin NazirSarah Farhana Juhari, Nahid Shahverdian (2007).  Tahap Penggunaan Media Komputer (Perisian Kursus Internet) Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Kalangan Guru-guru Sains Dan Matematik Daerah Temerloh: Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran.  Serdang.  Selangor. Universiti Putera Malaysia. 

Norhayati Abdul Mukti (2000).  Computer Technology In Malaysia:  Teacher’s Background Characteristics, Attitudes and Concerns.  The Electronic Journal On Information System In Developing Countries.  3(8): 1-13.

Rosnani Mahmud, Mohd Arif Ismail, Ruhizan Mohd Yasin, Ramli Mustapha dan Rosseni Din.  (2006).  Tahap Kesediaan ICT Guru: Sejauh Mana Pengaruh Faktor Demografi? Konvesyen Teknologi Pendidikan Ke-19, m.s.  9-15.

Sarimah Ismail (2003).  Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dan Sains Di UPSI Dari Perspektif Pendidik.   Jabatan Sains Dan Teknologi.   Dicapai pada 10 Ogos 2010 daripada http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/penggunaan%20ict.htm

Utusan Malaysia (2006).  Titian, Keluaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.  Utusan Malaysia, Selasa, 29 Ogos 2006 (Atas talian) http://web.utm.my/cict/index.php?option=content&task=view&id=400&Itemid=246

Zakaria Ahmad.  (2003), Pengajaran Quran Berbantukan Komputer di dalam Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Zamri Abu Bakar dan Rusmini Ku Ahmad (2007).  Implimentasi ICT Dan Kepimpinan Sekolah: Kajian Kes Di Sekolah-sekolah Bestari Dan SMJKC.  Jabatan Pendidikan Dan Pembangunan Pendidikan.  Kelantan.  Institut Aminuddin Baki (Cawangan Utara).

Pandangan Melalui Facebook