09 December 2007
Akses Internet dimana-mana...
Sebagai pegawai teknologi pendidikan tugas kita bukan sahaja dipejabat malah ke sekolah-sekolah dan berkursus/berbengkel atau bertugas kemana-mana sahaja seperti ke PSPN, resort, di hotel malah ke dalam hutan. Internet merupakan keperluan yang agak penting kepada saya dalam melaksanakan tugas. Tetapi malangnya ketika bertugas diluar, capaian internet telah menjadi cabaran bagi saya apabila memerlukan sambungan samada untuk tujuan mendapat maklumat terkini dari laman web BTP, mencapai maklumat dari pc di pejabat atau mencari maklumat ke seluruh dunia.Kini semua masalah tersebut dapat saya atasi dengan penggunaan usb datakad. Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan kenkawan bagaimana saya terjebak mengeluarkan kos sebanyak lebih daripada RM 800.00 hanya kerana benda yang dinamakan usb datakad ini. Selain daripada permasalahan di atas, masalah utama saya ialah kerana saya tinggal dikampung dimana sejak hampir setahun di kawasan kampung saya tiada talian telefon disebabkan kabel telefon asyik kena curi oleh itu banyak kerja-kerja yang memerlukan akses kepada internet tidak dapat saya laksanakan apabila berada dirumah. Saya telah terfikir untuk mencari alternatif yang lain agar saya dapat mengatasi masalah ini. Seorang kawan telah mencadangkan saya menggunakan datakad walaupun beliau sendiri belum pernah menggunakannya dan beliau telah mencadangkan saya supaya ke kedai Celcom. Saya telah menemui pegawai celcom dan menanyakan perkhidmatan tersebut yang ternyata ada disediakan dengan kadar sewaan RM68.00 sebulan dengan syarat melanggan talian Celcom 3g (beli kad sim) dan datakad. Pada awalnya saya menghadapi masalah dalam penggunaan datakad kerana notebook saya dibekalkan dengan 802.11g slot datakad terbina dalam oleh itu saya tidak dapat menggunakan datakad yang biasa yang hanya perlu dipasang kepada slot tersebut iaitu dari jenis 802.11b dimana harganya lebih separuh murah berbanding usb datakad. Setelah saya membuat keputusan menggunakannya, alhamdullilah saya telah dapat mengakses ke internet di rumah dan dimana-mana sahaja saya pergi. Walau bagimanapun timbul masalah lain iaitu masalah saya adalah capaian ke internet terlalu perlahan kerana kawasan tempat tinggal saya tidak mempunyai liputan 3g oleh itu talian tersebut diambil alih oleh talian GPRS yang sememangnya perlahan. Namun saya telah berusaha untuk mengatasinya.Masalah yang saya hadapai terbahagi kepdada 2 iaitu 1; masa membuka laman-laman web terlalu lambat sehingga kadang-kadang terpaksa klik beberapa kali pada alamat httpnya dan malah kadang-kadang langsung sukar untuk memasuki mana-mana laman web dan terpaksalah saya menunggu sehingga berminit-minit. 2; proses muat naik dan muat turun sering kali memakan masa berjam-jam dan malah kadang-kadang gagal terus. Untuk mengatasinya, saya telah berusaha mendapat bantuan mereka yang mahir melalui laman web dan akhirnya dengan menggunakan beberapa perisian untuk melajukan capaian ke internet saya telah memilih perisian DSL Speed dan untuk melajukan kerja-kerja muat naik dan muat turun saya tleh menggunakan perisian Download Accelerator Plus. Kini masalah saya selesai walupun sememangnya capaian talian internet saya tidak selaju mereka yang menggujnakan streamyx tetapi lebih laju dari menggunakan dialup dan saya merasa berpuas hati kerana inilah satu-satunya cara penyelesaian masalah pada saya buat masa ini selagi dikampung saya tiada kabel telefon dan selagi saya masih selalu kemana-mana sahaja out station.Bagi mereka yang berminat untuk membeli usbdatakad disini saya ingin berkongsi cara konfigur datakad berjenama HUAWEI.
Labels:
Minda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamm, baguslah teknologi mobiliti yang anda pakai oleh itu saya juga berkerja sebagai ingneer dan selalu kena turun site maka saya amat berminat untuk menggunakan peralatan ini. Harap awak boleh bagi alamat email pada saya untuk saya dapatkan maklumat lanjut.
Probably I can say with this blog make, more some interesting topics.
Alla hu akhbar!!!
i'm also into those things. care to give some advice?
Post a Comment