Facebook

13 April 2012

EDUWEBTV 2.0

Assalamualaikum

Saya bagi pihak Jawatankuasa Kerja EduwebTV, terlebih dahulu memohon maaf diatas segala permasalahan berkaitan dengan EduwebTV sejak kebelakangan ini.

Untuk makluman, buat masa kini pihak kami sedang berusaha membaiki gangguan pada server utama di Cyberjaya kira-kira 2 minggu yang lepas. Setakat ini pihak kami berjaya mengaktifkan semula server tersebut.

Namun begitu, video-video di portal tersebut masih tidak dapat dipaparkan disebabkan masalah beberapa masalah masih dalam proses diaktifkan semula termasuklah Windows Server Cluster Administrator, Mount Point error-disassociated from its mount point, IBM Director application error, IBM Database DB2 primary & secondary configuration error dan Metus not functioning.

Insya-Allah, semua permasalah ini akan dibaiki secepatnya sehingga minggu hadapan. Perkembangan lanjut pihak kami akan maklumkan.

Saya yang menurut perintah,

Abdul Muen Sidek
Pegawai Operasi
Unit Operasi Penerbitan
Sektor Penyiaran Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Pandangan Melalui Facebook