Facebook

10 August 2011

Re: Maklumat Terkini SSQS Zon Ayer Hitam 2011


Kami pihak PKG Ayer Hitam memohon maaf atas kesukaran GPB sekolah-sekolah ahli Zon Ayer Hitam mengakses ke Laman Web SSQS bagi melengkapkan maklumat secara on-line. Permasalahan ini wujud adalah disebabkan seluruh sekolah di Malaysia juga sama-sama ingin mendapatkan akses ke server tersebut bagi melaksanakan SSQS oleh itu kelajuan capaian Schoolnet menjadi semakin perlahan.
Memandangkan tempoh masa berakhir pengisian maklumat SSQS adalah pada 20 Ogos, 2011 maka sebagai cadangan alternatif, jika tidak menjadi keberatan kepada pihak GPB adalah dicadangkan mengakses server SSQS pada luar waktu persekolahan ataupun waktu yang terbaik adalah waktu tengah malam hingga subuh.
Pihak PKG amat perihatiDn dalam hal ini oleh itu dalam tempoh pengisian ini sehingga tamat pihak PKG juga sentiasa menyukat kelajuan talian Schoolnet dengan menggunakan Speedometer pada setiap hari sebagai laporan yang mungkin dapat membantu sekola-sekolah Zon Ayer Hitam berhubung dengan masalah kelambatan capaian Schoolnet tersebut.

Sekian, untuk makluman.

Mesri Sanip
KPTP
Pkg Ayer Hitam.

No comments:

Pandangan Melalui Facebook