Facebook

30 August 2010

PENYAMPAIAN BANTUAN AMAL SEMPERNA HARI RAYA KEPADA PELAJAR ISLAM

Ayer Hitam, 25 Ogos 2010. Majlis Penyampaian Bantuan Amal Semperna Hari Raya Kepada Pelajar Islam Bersama Bank Muamalat Melaysia, Nestle Sdn Bhd. Dan Bulan Sabit Merah Malaysia bersemperna Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kehadiran Y.A.M Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim Tunku Temenggung Johor di SMK Datuk Menteri dalam suasana cuaca yang amat cerah, majlis dapat dijalankan dengan jayanya. Setibanya Y.A.M Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim Tunku Temenggung Johor di pintu masuk Dewan Sri Perdana, Tunku Temenggung johor diiring ke sebuah khemah memasak bubur lambuk bagi merasmikan upacara memasak bubur lambuk yang ditaja Nestle Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Dipertengahan majlis Tunku Temenggung Johor menyampaikan bantuan berupa wang ringgit kepada 600 pelajar islam daripada keluarga berpendapatan rendah sekitar Ayer Hitam. Disamping itu juga Tunku Temenggung Johor juga menyampaikan keperluan-keperluan asas di bulan Ramadan seperti beras, kurma dan keperluan-keperluan lain atas tajaan Bank Muamalat Malaysia.




No comments:

Pandangan Melalui Facebook