Facebook

18 February 2013

PEMANTAUAN IQPSS TAHUN 2013


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sesi pemantauan IQPSS dan ICT/PuAS akan bermula pada hari SELASA 19.02.2013 oleh pegawai PKG Ayer Hitam.

2. Pihak tuan/puan akan dihubungi melalui telefon bagi memudahkan tuan/puan bersedia menerima kunjungan pegawai PKG ke sekolah tuan/puan.

3. Sehubungan dengan itu, diharapkan agar tuan/puan dapat melaksanakan penarafan secara online sebelum pemantauan dijalankan.

Sekian, terima kasih.


Yang menurut perintah

NOOR IZWAN BIN NOORDIN
PTP 2
PKG AYER HITAM
BATU PAHAT
JOHOR

Tel: 013 7590984

20 April 2012

BAHAN BENGKEL ABAD KE-21

Penggunaan video dalam PNP

Bahan untuk download :


13 April 2012

BENGKEL PEMBELAJARAN ABAD KE-21, VIDEO DALAM PENDIDIKAN


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam akan mengadakan  bengkel tersebut di atasGuru Penyelaras Bestari/Ict dan Juruteknik Komputer bagi sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam diminta untuk  menghadiri bengkel tersebut seperti ketetapan  berikut :

Tarikh         :    20 April 2012
            Masa          :    2.45ptg – 5.00 ptg
            Tempat       :    Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam
            Pakaian      :    Pakaian Rasmi
           
   Sila bawa bersama sebuah Komputer Riba, Broadband Dongle (jika ada) dan Wire Extention untuk kegunaan semasa bengkel.Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi En. Mesari bin Sanip, PKG Ayer Hitam di talian 7581106 dan 0137821123.

EDUWEBTV 2.0

Assalamualaikum

Saya bagi pihak Jawatankuasa Kerja EduwebTV, terlebih dahulu memohon maaf diatas segala permasalahan berkaitan dengan EduwebTV sejak kebelakangan ini.

Untuk makluman, buat masa kini pihak kami sedang berusaha membaiki gangguan pada server utama di Cyberjaya kira-kira 2 minggu yang lepas. Setakat ini pihak kami berjaya mengaktifkan semula server tersebut.

Namun begitu, video-video di portal tersebut masih tidak dapat dipaparkan disebabkan masalah beberapa masalah masih dalam proses diaktifkan semula termasuklah Windows Server Cluster Administrator, Mount Point error-disassociated from its mount point, IBM Director application error, IBM Database DB2 primary & secondary configuration error dan Metus not functioning.

Insya-Allah, semua permasalah ini akan dibaiki secepatnya sehingga minggu hadapan. Perkembangan lanjut pihak kami akan maklumkan.

Saya yang menurut perintah,

Abdul Muen Sidek
Pegawai Operasi
Unit Operasi Penerbitan
Sektor Penyiaran Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

05 March 2012

MESYUARAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam akan mengadakan  MESYUARAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG 2012. Guru Besar dan Pengetua bagi sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam diminta untuk  menghadiri mesyuarat tersebut seperti ketetapan  berikut :

Tarikh         :    10 April 2012
            Masa          :    2.45ptg – 5.00 ptg
            Tempat       :    Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam
            Pengerusi    :    Mohd Daud bin Sumrah
                                   (Guru Besar SK Kota Dalam)
           
  Agenda:

            3.1  Perutusan Pengerusi
            3.2  Pengesahan minit mesyuarat lalu
            3.3  Perkara-perkara berbangkit
            3.4  Pembentangan kertas-kertas laporan/kerja
            3.5  Perancangan aktiviti 2012
            3.5  Hal-hal lain
            3.6  Penutup.

  Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi En. Mesari bin Sanip, PKG Ayer Hitam di talian 7581106 dan 0137821123.

MESYUARAT GURU PENYELARAS BESTARI/ICT DAN JURUTEKNIK KOMPUTER 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam akan mengadakan MESYUARAT GURU PENYELARAS BESTARI/ICT DAN JURUTEKNIK KOMPUTER 2012. Guru Penyelaras Bestari/ICT dan Juru Teknik Komputer (bagi sekolah berkenaan) diminta untuk  menghadiri mesyuarat seperti ketetapan  berikut:

            Tarikh        :    8 Mac 2012
            Masa          :    2.00ptg – 5.00 ptg
            Tempat      :    Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam
            Pengerusi   :    En. Mesri bin Sanip

  Agenda:

            3.1  Perutusan Pengerusi
            3.2  Pengesahan minit mesyuarat lalu
            3.3  Perkara-perkara berbangkit
            3.4  Pembentangan kertas-kertas laporan/kerja
            3.5  Perancangan aktiviti 2012
            3.5  Hal-hal lain
            3.6  Penutup.

  Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi En. Mesari bin Sanip, PKG Ayer Hitam di talian 7581106 dan 0137821123.

MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam akan mengadakan MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 2012Guru Perpustakaan dan Media (GPM) diminta menghadiri mesyuarat tersebut seperti ketetapan  berikut :

Tarikh        :    7 Mac 2012
            Masa          :    2.00ptg – 5.00 ptg
            Tempat      :    Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam
            Pengerusi   :    En. Mesri bin Sanip

  Agenda:

            3.1  Perutusan Pengerusi
            3.2  Pengesahan minit mesyuarat lalu
            3.3  Perkara-perkara berbangkit
            3.4  Pembentangan kertas-kertas laporan/kerja
            3.5  Perancangan aktiviti 2012
            3.5  Hal-hal lain
            3.6  Penutup.

  Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi En. Mesari bin Sanip, PKG Ayer Hitam di talian 7581106 dan 0137821123.

30 January 2012

BENGKEL CD MBMMBI PENDIDIKAN KHAS 2012

Objektif :
1.      Memberi pendedahan penggunaan CD MBMMBI Pend. Khas kepada guru
2.      Mengetahui kaedah P&P berbantukan CD MBMMBI Pend. Khas


Pelaksanaan:
1.      Setiap sekolah yang ada Pendidikan Khas menghantar seorang guru berkenaan untuk berbengkel.
2.      Memberikan pendedahan dan latihan penggunaan CD MBMMBI kepada guru Pend. Khas
3.      Hand-on CD MBMMBI Pend. Khas oleh guru.
4.      Sessi soal jawab.


Jangkaan Pelaksanaan:
1.      Bengkel pada 08 Feb 2012

Lokasi:
1.      PKG Senggarang


TAKLIMAT IQ-PSS UNTUK GURU GPM 2012

Objektif :
1. Memberi pendedahan terkini penggunaan aplikasi IQ-PSS online.
2. Pengisian data IQ-PSS 2012 yang lengkap dan mampan .
Pelaksanaan:
1. Setiap sekolah menghantar seorang guru GPM ke PKG untuk berbengkel.
2. Memberikan pendedahan dan latihan terkini penggunaan aplikasi IQ-PSS online kepada guru GPM.
3. Hand-on kemahiran IQ-PSS online.
4. Melaksanakan proses pengisian data IQ-PSS 2012
5. Sessi soal jawab.
Jangkaan Pelaksanaan:
1. Bengkel pada 10 Feb 2012
Lokasi:
1. PKG Ayer Hitam


BENGKEL APLIKASI i-NILAM 2012

Objektif :
1. Memberi pendedahan terkini penggunaan aplikasi i-Nilam online.
2. Melaksanakan proses saringan dan naik kelas pelajar tahun 2011 ke 2012 .
Pelaksanaan:
1. Setiap sekolah menghantar seorang guru Nilam ke PKG untuk berbengkel.
2. Memberikan pendedahan dan latihan terkini penggunaan aplikasi i-Nilam online kepada guru nilam.
3. Hand-on kemahiran i-Nilam online.
4. Melaksanakan proses saringan dan naik kelas pelajar 2011 ke 2012
5. Import data SSM ke i-Nilam (kepada yang memerlukan).
6. Sessi soal jawab.
Jangkaan Pelaksanaan:
1. Bengkel pada 14 Feb 2012
Lokasi:
1. PKG Ayer Hitam

02 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Saya bagi pihak pengurusan PKG Ayer Hitam ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada tuan/puan yang dikasihi terutama sekali kepada GPM, GPB/GICT & JTK serta warga sekolah-sekolah Zon PKG ini. Semoga pada tahun ini kita meneruskan perjuangan mencapai misi meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan yang semakin mencabar.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang banyak membantu dan memberi kerjasama kepada pihak kami dan telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang pada tahun 2011.

Dikesempatan ini juga saya bagi pihak pengusan PKG ingin memohon kemaafan jika ada terlepas pandang, kekurangan, ketidak puasan hati atau tersinggung semasa kami menjalankan tugas pada tahun 2011.



Mesri Bin Sanip
KPTP
PKG Ayer Hitam

07 October 2011

Tahniah kepada GPB,Guru Penyelaras ICT dan Juruteknik Komputer Sekolah-sekolah zon Ayer Hitam Batu Pahat

Kemajuan SPPICTS zon Ayer Hitam pada 11.40 am 6/10/2011



Tahniah kepada GPB,Guru Penyelaras ICT dan Juruteknik Komputer Sekolah-sekolah zon Ayer Hitam Batu Pahat kerana dapat melaksanakan tugas dengan baik. Sekali lagi kami dari Pkg Ayer Hitam BP mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama anda semua.

13 September 2011

Sambutan Aidul Fitri 1432H Peringkat PKG Daerah Batu Pahat


09 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




06 September 2011

Tahniah Kepada GPB Sekolah Zon Ayer Hitam

Pihak Pengurusan Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam mengucapakan TAHNIAH kepada Guru Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli Zon Ayer Hitam kerana telah berjaya menguruskan pengisian data SSQS 2011 sehingga menapai 100%

Mesri Sanip
Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Ayer Hitam,
Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim.

18 August 2011

Keputusan Peratus Menjawab SSQS Sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam

Keputusan pada : Tarikh 18 Ogos 2011; jam 14.00
Analisa keputusan sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam yang menjawab SSQS


15 August 2011

Keputusan Peratus Menjawab SSQS Sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam


Keputusan pada : Tarikh 15 Ogos 2011

12 August 2011

MESYUARAT PENGEDARAN CDRI MBMMBI SEKOLAH MENENGAH

Untuk keterangan lanjut, sila ke Menu MBMMBI


10 August 2011

Re: Maklumat Terkini SSQS Zon Ayer Hitam 2011


Kami pihak PKG Ayer Hitam memohon maaf atas kesukaran GPB sekolah-sekolah ahli Zon Ayer Hitam mengakses ke Laman Web SSQS bagi melengkapkan maklumat secara on-line. Permasalahan ini wujud adalah disebabkan seluruh sekolah di Malaysia juga sama-sama ingin mendapatkan akses ke server tersebut bagi melaksanakan SSQS oleh itu kelajuan capaian Schoolnet menjadi semakin perlahan.
Memandangkan tempoh masa berakhir pengisian maklumat SSQS adalah pada 20 Ogos, 2011 maka sebagai cadangan alternatif, jika tidak menjadi keberatan kepada pihak GPB adalah dicadangkan mengakses server SSQS pada luar waktu persekolahan ataupun waktu yang terbaik adalah waktu tengah malam hingga subuh.
Pihak PKG amat perihatiDn dalam hal ini oleh itu dalam tempoh pengisian ini sehingga tamat pihak PKG juga sentiasa menyukat kelajuan talian Schoolnet dengan menggunakan Speedometer pada setiap hari sebagai laporan yang mungkin dapat membantu sekola-sekolah Zon Ayer Hitam berhubung dengan masalah kelambatan capaian Schoolnet tersebut.

Sekian, untuk makluman.

Mesri Sanip
KPTP
Pkg Ayer Hitam.

Pandangan Melalui Facebook