Facebook

13 September 2011

Sambutan Aidul Fitri 1432H Peringkat PKG Daerah Batu Pahat


09 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




06 September 2011

Tahniah Kepada GPB Sekolah Zon Ayer Hitam

Pihak Pengurusan Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam mengucapakan TAHNIAH kepada Guru Penyelaras Bestari sekolah-sekolah ahli Zon Ayer Hitam kerana telah berjaya menguruskan pengisian data SSQS 2011 sehingga menapai 100%

Mesri Sanip
Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Ayer Hitam,
Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim.

18 August 2011

Keputusan Peratus Menjawab SSQS Sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam

Keputusan pada : Tarikh 18 Ogos 2011; jam 14.00
Analisa keputusan sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam yang menjawab SSQS


15 August 2011

Keputusan Peratus Menjawab SSQS Sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam


Keputusan pada : Tarikh 15 Ogos 2011

12 August 2011

MESYUARAT PENGEDARAN CDRI MBMMBI SEKOLAH MENENGAH

Untuk keterangan lanjut, sila ke Menu MBMMBI


10 August 2011

Re: Maklumat Terkini SSQS Zon Ayer Hitam 2011


Kami pihak PKG Ayer Hitam memohon maaf atas kesukaran GPB sekolah-sekolah ahli Zon Ayer Hitam mengakses ke Laman Web SSQS bagi melengkapkan maklumat secara on-line. Permasalahan ini wujud adalah disebabkan seluruh sekolah di Malaysia juga sama-sama ingin mendapatkan akses ke server tersebut bagi melaksanakan SSQS oleh itu kelajuan capaian Schoolnet menjadi semakin perlahan.
Memandangkan tempoh masa berakhir pengisian maklumat SSQS adalah pada 20 Ogos, 2011 maka sebagai cadangan alternatif, jika tidak menjadi keberatan kepada pihak GPB adalah dicadangkan mengakses server SSQS pada luar waktu persekolahan ataupun waktu yang terbaik adalah waktu tengah malam hingga subuh.
Pihak PKG amat perihatiDn dalam hal ini oleh itu dalam tempoh pengisian ini sehingga tamat pihak PKG juga sentiasa menyukat kelajuan talian Schoolnet dengan menggunakan Speedometer pada setiap hari sebagai laporan yang mungkin dapat membantu sekola-sekolah Zon Ayer Hitam berhubung dengan masalah kelambatan capaian Schoolnet tersebut.

Sekian, untuk makluman.

Mesri Sanip
KPTP
Pkg Ayer Hitam.

05 August 2011

Maklumat Terkini SSQS Zon Ayer Hitam 2011


Peratus pengisian SSQS oleh pihak sekolah yang diambil dari Server SSQS KPM pada 9.50 pagi, 5 Ogos 2011

SSQS merupakan aplikasi pemantauan yang digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan ICT di sekolah. Ia dinamakan Sistem Smart School Qualification Standards dan boleh dilayari dengan klik Logo SSQS ini.


Bagi keterangan lanjut mengenai bilangan responden SSQS dan juga isu-isu yang berkaitan dengannya sila klik di sini:Link

29 July 2011

Selamat Berpuasa Kepada GPM & GPB & GPICT Zon Ayer Hitam



10 June 2011

Bengkel Pengurusan Puas Peringkat Negeri Johor



8 - 10 Jun, 2011

Hasil Bengkel:

1. Pihak BTP akan mengadakan pertandingan PuAS peringkat negeri.

2. Laporan data penggunaan oleh guru, murid dan komuniti PuAS akan dikumpulkan 4 kali setahun.

3. Pengisian data penggunaan PuAS ke OfisBTP dan MS Excel dibangunkan oleh En. Buang.

4. Penghasilan instrumen pemantauan dan penilaian sedang dibena dan dalam peringkat pemurnian.

5. Cadangan perlaksanaan aktiviti PuAS sepanjang tahun bagi memperkasakan PuAS.

21 April 2011

BENGKEL JEJAK MAKLUMAT ZON AYER HITAM DAN PARIT RAJA














Bengkel jejak maklumat yang berlangsung di Pkg Ayer Hitam pada 13hb april, Guru-guru GPM zon Ayer Hitam dan zon Parit Raja terlimat dalam aktiviti ini seramai 42 org termasuk ahli-ahli jawatan kuasa PKG Daerah Batu Pahat..














14 April 2011

Bengkel Jejak Maklumat


Tarikh : 13 April 2011

Tempat : PKG Ayer Hitam

Peserta : Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Ayer Hitam & PKG Parit Raja.

06 April 2011

Kutipan SPPICTS 1/2011

Kutipan data pertama SPPICTS bagi tahun 2011 bermula dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Semua sekolah diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja

01 April 2011

BENGKEL JEJAK MAKLUMAT

PKG AYER HITAM & PKG PARIT RAJA

Tarikh :
13 April, 2011

Tempat :
PKG Ayer Hitam

Peserta :
Guru Perpustakaan Dan Media
sekolah-sekolah ahli PKG Ayer Hitam
dan
sebahagian dari sekolah-sekolah ahli Parit Raja


21 March 2011

Mesyuarat Khas PKG Batu Pahat Kali Ke-3 2011




Tarikh : 21/3/2011
Waktu : 8.00 pagi
Tempat : PKG Penggaram

Agenda :

1. Taklimat EduWebTV
2 Tarikh Perlaksanaan Sekolah Pemangkin (IQPSS)
3. Perancangan NILAM Sepanjang Tahun.
4. Perlaksanaan Pemantauan Berkelompok.
5. Khidmat Bantu PSSC.
6. Perjumpaan GPM, GPB bersama PPD, PKG dan BTPNJ.
7. Bengkel Peringkat PKG.
8. Lain-lain hal.

08 March 2011

Salam Perpisahan


Selamat Bersara
Encik Salleh Din Dugel
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan

8 Mac, 2011


Kami mengucapkan ribuan terima kasih
atas kerjasama yang selama ini diberikan.

Daripada:
Staf-staf PKG Ayer Hitam

26 October 2010

Majlis Perasmian Sekolah Pintar TM

Pengisian Borang Leterasi Dalam Pengajaran

Ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru Sekolah Zon Ayer Hitam yang telah memberi kerjasama mengisi borang Soalselidik Leterasi dalam pengajaran Matematik Tahap Satu.




30 August 2010

PENYAMPAIAN BANTUAN AMAL SEMPERNA HARI RAYA KEPADA PELAJAR ISLAM

Ayer Hitam, 25 Ogos 2010. Majlis Penyampaian Bantuan Amal Semperna Hari Raya Kepada Pelajar Islam Bersama Bank Muamalat Melaysia, Nestle Sdn Bhd. Dan Bulan Sabit Merah Malaysia bersemperna Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kehadiran Y.A.M Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim Tunku Temenggung Johor di SMK Datuk Menteri dalam suasana cuaca yang amat cerah, majlis dapat dijalankan dengan jayanya. Setibanya Y.A.M Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim Tunku Temenggung Johor di pintu masuk Dewan Sri Perdana, Tunku Temenggung johor diiring ke sebuah khemah memasak bubur lambuk bagi merasmikan upacara memasak bubur lambuk yang ditaja Nestle Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Dipertengahan majlis Tunku Temenggung Johor menyampaikan bantuan berupa wang ringgit kepada 600 pelajar islam daripada keluarga berpendapatan rendah sekitar Ayer Hitam. Disamping itu juga Tunku Temenggung Johor juga menyampaikan keperluan-keperluan asas di bulan Ramadan seperti beras, kurma dan keperluan-keperluan lain atas tajaan Bank Muamalat Malaysia.






Ayer Hitam, 19 Julai 2010. Kursus Aset Alih Kerajaan bagi FT17 daerah Batu Pahat anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Batu Pahat.

Kursus ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat Tn. Hj. Shapie Bin Hj. Md. Shariff dan juga kursus ini disampaikan oleh Tn. Hj. Zailudin bin Salimon. Kursus ini berakhir pada pkl 4.00 ptg. Yang terlibat adalah Juruternik Komputer Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat dan

Juruternik Komputer PKG Daerah Batu Pahat

seramai 64 oranng.

Pandangan Melalui Facebook