21 April 2011
BENGKEL JEJAK MAKLUMAT ZON AYER HITAM DAN PARIT RAJA
14 April 2011
Bengkel Jejak Maklumat
06 April 2011
Kutipan SPPICTS 1/2011
Kutipan data pertama SPPICTS bagi tahun 2011 bermula dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Semua sekolah diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja
01 April 2011
BENGKEL JEJAK MAKLUMAT
Tarikh :
13 April, 2011
Tempat :
PKG Ayer Hitam
Peserta :
Guru Perpustakaan Dan Media
sekolah-sekolah ahli PKG Ayer Hitam
dan
sebahagian dari sekolah-sekolah ahli Parit Raja
21 March 2011
Mesyuarat Khas PKG Batu Pahat Kali Ke-3 2011
Tarikh : 21/3/2011
Waktu : 8.00 pagi
Tempat : PKG Penggaram
Agenda :
1. Taklimat EduWebTV
2 Tarikh Perlaksanaan Sekolah Pemangkin (IQPSS)
3. Perancangan NILAM Sepanjang Tahun.
4. Perlaksanaan Pemantauan Berkelompok.
5. Khidmat Bantu PSSC.
6. Perjumpaan GPM, GPB bersama PPD, PKG dan BTPNJ.
7. Bengkel Peringkat PKG.
8. Lain-lain hal.
08 March 2011
Salam Perpisahan
26 October 2010
Pengisian Borang Leterasi Dalam Pengajaran

30 August 2010
PENYAMPAIAN BANTUAN AMAL SEMPERNA HARI RAYA KEPADA PELAJAR ISLAM
Ayer Hitam, 25 Ogos 2010. Majlis Penyampaian Bantuan Amal Semperna Hari Raya Kepada Pelajar Islam Bersama Bank Muamalat Melaysia, Nestle Sdn Bhd. Dan Bulan Sabit Merah Malaysia bersemperna Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kehadiran Y.A.M Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim Tunku Temenggung Johor di SMK Datuk Menteri dalam suasana cuaca yang amat cerah, majlis dapat dijalankan dengan jayanya. Setibanya Y.A.M Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim Tunku Temenggung Johor di pintu masuk Dewan Sri Perdana, Tunku Temenggung johor diiring ke sebuah khemah memasak bubur lambuk bagi merasmikan upacara memasak bubur lambuk yang ditaja Nestle Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Dipertengahan majlis Tunku Temenggung Johor menyampaikan bantuan berupa wang ringgit kepada 600 pelajar islam daripada keluarga berpendapatan rendah sekitar Ayer Hitam. Disamping itu juga Tunku Temenggung Johor juga menyampaikan keperluan-keperluan asas di bulan Ramadan seperti beras, kurma dan keperluan-keperluan lain atas tajaan Bank Muamalat Malaysia.Ayer Hitam, 19 Julai 2010. Kursus Aset Alih Kerajaan bagi FT17 daerah Batu Pahat anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Batu Pahat.
Kursus ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat Tn. Hj. Shapie Bin Hj. Md. Shariff dan juga kursus ini disampaikan oleh Tn. Hj. Zailudin bin Salimon. Kursus ini berakhir pada pkl 4.00 ptg. Yang terlibat adalah Juruternik Komputer Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat dan
Juruternik Komputer PKG Daerah Batu Pahat
seramai 64 oranng.
23 February 2010
Something to think about. Are you a good friend?
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
11) Bersahabatlah dgn org yg member command di bawah nie…. kerana dia seorang
sahabat yang paling best.. kenaper? x percaye yer? betul ape!:-)
22 February 2010
Mesyuarat Pengurusan PKG Ayer Hitam
Tarikh : 25/02/2010 (Khamis)
Waktu : 2.00 petang
Agenda :
1. Doa
2. Pembukaan Oleh Pegawai Teknologi
3. Ucapan Pengerusi
4. Ucapan Wakil BTPNJ
5. Pembentangan Laporan & Aktiviti
6. Perlantikkan AJK 2010 - 2011
7. Hal-hal lain
Mesyuarat Penubuhan Majlis Pemufakatan GPB/GICT
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Ayer Hitam
Tarikh : 23/02/2010 (Selasa)
Waktu : 2.00 petang
Agenda :
1. Doa
2. Ucapan Pengerusi
3. Pembentangan Laporan Pemantauan
4. Pemantauan Makmal PUAS
5. Perancangan Strategik
6. Khidmat Bantu Inisiatif ICT
7. Cadangan Bengkel/Kursus
8. Perlantikan Wakil Majlis Guru Penyelaras Bestari. (Menengan/Rendah)
10. Hal-hal lain
Mesyuarat Penubuhan Majlis Permufakatan GPM
Semua Guru-guru Perpustakaan Dan Media Zon PKG Ayer Hitam terlibat dengan mesyuarat ini.
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Ayer Hitam
Tarikh : 22/02/2010 (Isnin)
Waktu : 2.00 petang
Agenda :
1. Doa
2. Ucapan Pengerusi
3. Pembentangan Laporan Pemantauan
4. Pemantauan PSS
5. Program JOM Baca 1 buku 1 minggu
6. Web
7. Perancangan Stratregik
8. Khidmat Bantu PSS
9. Cadangan Bengkel/Kursus
10. Perlantikan Majlis GPM (Menengah&Rendah)
11. Edaran Sumber/Bahan
12. Hal-hal lain
07 July 2008
Bengkel Pembangunan Borang Digital Data Pemantauan berdasarkan VB.Net
Lokasi : Bilik Seminar, PKG Ayer Hitam
Pkg Ayer Hitam telah melaksanakan aktviti yang tersebut diatas dikalangan Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Batu Pahat dan beberapa orang pegawai PTP daerah lain. Tujuan pembenaan borang digital ini bagi memudahkan pengumpulan dan pengurusan data-data yang berkaitan dengan Maklumat PSS, Nilam dan pengkomputer selepas aktiviti pemantauan oleh pegawai-pegawai teknologi ke sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat.
02 July 2008
Kursus ETeMS Guru-guru Pemulihan Daerah Batu Pahat
09 December 2007
Akses Internet dimana-mana...
Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan kenkawan bagaimana saya terjebak mengeluarkan kos sebanyak lebih daripada RM 800.00 hanya kerana benda yang dinamakan usb datakad ini. Selain daripada permasalahan di atas, masalah utama saya ialah kerana saya tinggal dikampung dimana sejak hampir setahun di kawasan kampung saya tiada talian telefon disebabkan kabel telefon asyik kena curi oleh itu banyak kerja-kerja yang memerlukan akses kepada internet tidak dapat saya laksanakan apabila berada dirumah. Saya telah terfikir untuk mencari alternatif yang lain agar saya dapat mengatasi masalah ini. Seorang kawan telah mencadangkan saya menggunakan datakad walaupun beliau sendiri belum pernah menggunakannya dan beliau telah mencadangkan saya supaya ke kedai Celcom. Saya telah menemui pegawai celcom dan menanyakan perkhidmatan tersebut yang ternyata ada disediakan dengan kadar sewaan RM68.00 sebulan dengan syarat melanggan talian Celcom 3g (beli kad sim) dan datakad. Pada awalnya saya menghadapi masalah dalam penggunaan datakad kerana notebook saya dibekalkan dengan 802.11g slot datakad terbina dalam oleh itu saya tidak dapat menggunakan datakad yang biasa yang hanya perlu dipasang kepada slot tersebut iaitu dari jenis 802.11b
dan untuk melajukan kerja-kerja muat naik dan muat turun saya tleh menggunakan perisian Download Accelerator Plus.
Kini masalah saya selesai walupun sememangnya capaian talian internet saya tidak selaju mereka yang menggujnakan streamyx tetapi lebih laju dari menggunakan dialup dan saya merasa berpuas hati kerana inilah satu-satunya cara penyelesaian masalah pada saya buat masa ini selagi dikampung saya tiada kabel telefon dan selagi saya masih selalu kemana-mana sahaja out station.Membuat Kesan Khas(frem) dengan Adobe Photoshop Elements
2. Tukar kawasan pilihan disebaliknya iaitu dengan Select > Inverse.
3. Pilih Menu Effects sehingga muncul anak tingkap kesan-kesan khas dan pilih
5. Selesai
Semua Warga Pendidik... renungilah tulisan ini
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.
9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.
8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.
7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.
6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.
5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.
4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.
3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.
2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.
1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati
Bagi penulis, inilah dia gejala yang sering dilaporkan di dada-dada akhbar di negara kita dan sebagai warga pendidik, apakah peranan dan tanggungjawab yang boleh kita lakukan untuk merubah keadaan ini, ingatlah mungkin pada hari ini orang lain yang kena tetapi tidak mustahil besok luasa anak-anak kita pula mungkin terlibat.
Penulisan ini saya ketengahkan kerana ketika ini pada realitinya memang ada kebenarnnya permasalahan ini. Penulis ini saya kenali penulisannya melalui cerpin dan novel sejak dibangku sekolah menengah lagi sekitar tahun 80an iaitu tidak lain tidak bukan Dr. Fatimah Ahmad
07 December 2007
Lawatan PSPN & PKG Pulau Pinang ke PKG Ayer Hitam

Pada 5 November, 2007(Rabu) jam 9.45 pagi telah sampai rombongan tersebut dengan menaiki bas persiaran. Rombongan ini telah diketuai oleh Penolong Pengarah En. Suhaimi Bin Saidin. Rombongan telah singgah ke PKG dan diberikan tentang taklimat ringkas mengenai perkembangan PKG Ayer Hitam dan seterusnya dijamu di Restoran Jentayu yang menghidakan masakan tradisonal Johor(Jawa) kerabu, kalapia masak kencur dan asam pedas. Rombongan ini juga telah dib
awa melawat ke Pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan barang-barang tembikar dan antik yang banyak terjual. Mereka menghabiskan masa hampir 2 jam meninjau dan membeli buah tangan dari basar tersebut untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Sebagai KPTP merangkap pemandu pelancung pada hari itu
saya merasa sangat gembira dan berbesar hati kerana para ahli rombongan nampaknya sangat bergermbira dan sangat berat hati untuk meninggalkan Pekan Ayer Hitam untuk menuju destinasi seterusnya iaitu PSPN Melaka.


